01 Oktober 2012

TAYAR MOBILETT PLUS E

Catatan Ayah



Khamis
11 Zulkaedah 1433
27 September 2012



Assalamu'alaikum,



Sekali lagi... ketika mengambil lagi satu mobile x-ray yang terletak kat Wad Tingkat 3 untuk dibawa turun ke JPD... aku dapati ada sedikit masalah.

 


Photobucket



Mobile x-ray ni... adalah mesin x-ray yang telah direka sedikit kecil dan boleh disorong ke mana-mana sekitar wad bagi mengambil gambar x-ray untuk pesakit kronik yang tidak boleh dibawa ke JPD.



Jadi... sudah barang tentu mesin ini mempunyai tayar. Semasa menyorong mesin ke JPD, aku rasa pergerakan mesin agak lain dari kebiasaan. Apabila dilihat... rupa-rupanya getah yang membaluti rim tayar sebelah kanan telah tercabut.




Photobucket




Aku cuba masukkan balik getah tu ke rim... namun bila ditolak... getah tu akan terkeluar lagi. Jadi aku ambil keputusan untuk buka terus getah tu... dan tolak mesin yang hanya bergolek dengan rim saja.




Tujuan aku pindahkan mesin tu dari Wad Tingkat 3 ke JPD adalah untuk buat maintenance...seperti yang telah dijadualkan.



Photobucket



Alhamdulillah... maintenance selesai dan mesin berfungsi dengan elok selepas diuji... cuma tayar baru perlu diorder.... dan user perlu guna mesin ni dalam keadaan tayar rosak buat sementara waktu.




P/S: tayar diorder dari pihak Siemens Malaysia...




"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."




Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...