10 Oktober 2012

SALAH PARKING

Catatan Ayah



Selasa
23 Zulkaedah 1433
9 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Parking...



Semasa belajar nak ambil lesen memandu.. kita akan diajar cara-cara memarkirkan kereta.



Jika tersalah teknik parkir... akan gagallah ketika ujian memandu.



Selain dari semasa ujian memandu... dalam kehidupan seharian juga... jika tersalah teknik parkir... mungkin akan menyusahkan orang lain... yang kadang-kala boleh menimbulkan kemarahan... waima kerosakan kenderaan.



Begitu juga dalam teknik memarkir motorsikal... tambah-tambah lagi jika bermotor berkuasa tinggi... silap-silap parkir... dah tak boleh nak tunggang balik... Hanya yang pernah alami pengalaman ini yang tahu... B-)



Tadi... tiba masa untuk aku melaksanakan tugasan membuat maintenance c-arm di HTF.



Photobucket



Ketika ambil mesin dari Dewan Bedah... jelas kelihatan... pengguna sebelum ni telah salah memarkir... Bukan silap parking mesin di tempat yang tak sepatutnya... tapi salah memarkirkan lengan "c" dan tube serta II...



Bahagian yang paling penting untuk sesuatu c-arm adalah Image Intensifier atau dikenali sebagai II...



Bahagian ni... jika mengalami kerosakan.. kosnya hampir 1/2 harga mesin. Ianya amat sensitif dengan sebarang hentakan... sebab tu sebelum mesin c-arm ditolak ke mana-mana... atau disimpan setelah digunakan... ianya mesti diparkirkan secara betul.



Photobucket



Bab ni... selalu aku ingatkan kepada pengguna dan operator mesin c-arm ni... bahkan dah tercatat di dalam manual. Malahan gambar cara-cara parking terdapat kat mesin... yang disediakan oleh pihak pengeluar.



Tapi.... masih lagi berlaku kesalahan parking.



Jangan sampai terjadi seperti yang lepas-lepas... yang menyebabkan II rosak... dan tiang sokongan "c"nya bengkok... yang boleh menyebabkan kos pembaikan yang terlalu tinggi... silap-silap terpaksa dicondemn....



Jadi... aku mohon kawan-kawan semua yang mengendalikan atau operator c-arm... untuk sentiasa beringat dan jagalah mesin-mesin ni dengan sebaiknya. Agak mustahil jika pengendali-pengendali c-arm tidak tahu hal ni...



Jagalah harta kerajaan... sebagaimana kita menjaga harta kita sendiri. Mungkin hari ini... kita dan keluarga tak menggunakan mesin ni... tapi mana tahu esok lusa... kita atau keluarga kita perlu didiagnos menggunakan c-arm ni...



Apa perasaan kita... jika kita perlu menggunakan mesin ni.... tiba-tiba ianya rosak...



Juga... ingatlah... semua mesin-mesin ni dibeli hasil dari cukai yang kita telah bayar... Jadi secara tak langsung... harta-harta ini adalah hak kita juga... Pelihara dan gunakannya sebaik mungkin.



Photobucket



p/s: Tak lupa... aku ucapkan terima kasih kepada Fahmi... salah seorang pelajar practical yang telah membantu aku dalam menjalankan maintenance....



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...