29 Oktober 2012

PULANG KE PERLIS

Catatan Ayah



Isnin
6 Zulhijjah 1433
22 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Terpampang di dada akhbar akan kejayaan Zulfahmi dan Hafizh Syahrin hari ni... Satu pencapaian yang amat membanggakan.



Dan hari ni... aku dan Che Ami akan bergerak pulang ke Perlis. Kami keluar seawal jam 8 pagi.. dan sempat bersarapan di Restoran Rumpun.



Kurang lebih jam 10 pagi... selepas bersarapan kami bergerak pulang dengan melalui Rawang.. terus ke Lebuhraya PLUS.



Sekitar jam 11.30 pagi... kami sampai R&R Tapah. Kesempatan berehat sebentar diambil dengan membeli sedikit buah tangan untuk keluarga di rumah.. Apalagi kalau bukan buah jambu... =)




Photobucket



Sempat juga melihat geng-geng bikers dari Thailand dengan motor-motornya.. Ada Ducati, Fazer dan sebagainya... Semua hebat-hebat...



Photobucket



Hujan lebat melanda ketika kami sampai Bukit Tambun... sekitar jam 1.45 petang. Dan pertama kali melihat kemalangan berlaku di hadapan mata... yang melibatkan 2 buah kenderaan 4x4 berpusing-pusing di atas lebuhraya.




Photobucket



Kurang lebih jam 2 petang kami singgah sebentar untuk makan tengah hari di Tok Kangar, Juru. Menjamu selera ikan bawal goreng yang terkenal di Juru.



Photobucket



Geng-geng bikers Thailand telah memotong kami di Bertam....



Photobucket



Selepas menjamu selera, perjalanan diteruskan dan sekitar jam 3.45 petang... kami sampai R&R Gurun untuk selesaikan tanggungjawab....



Photobucket



Selesai solat... hampir jam 5.10 petang.. kami sampai Arau dan berhenti minum sekejap kat Yasmeen...




Photobucket



Kurang lebih... jam 5.45 petang... aku sampai rumah...



Alhamdulillah.. aku selamat sampai selepas menghabiskan 4H3M... menyaksikan acara dunia di SIC. 



Terima kasih diucapkan kepada Che Ami yang menumpangkan aku untuk turut serta menyaksikan kejohanan dunia tu....



InsyaAllah... jika berkesempatan di tahun hadapan... aku akan kembali ke SIC...



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...