06 Oktober 2012

PERANCANGAN 2013

Catatan Ayah



Jumaat
19 Zulkaedah 1433
5 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Lama juga aku memendamkan hasrat aku ni. Asyik dok plan saja tapi jadinya dak jugak.



Kali ni... insyaAllah akan aku cuba realisasikan juga.



Perancangan ni aku buat untuk tahun 2013 nanti. InsyaAllah jika dipanjangkan umur... akan aku realisasikan semasa cuti sekolah tahun depan nanti.



untitled


Aku bercadang akan buat kembara.... mengelilingi Semenanjung Malaysia dan fokus aku untuk mengunjungi setiap masjid negeri setiap negeri yang akan aku singgahi.



Perancangan ride ni dengan menggunakan khidmat Kuda Hitam akan memakan masa selama 5 hari 4 malam. Sama ada aku akan solo ride atau solo ride dengan famili ikut dengan kereta atau ride dengan kawan-kawan... tu pun jika ada yang nak join sekali.



Jarak yang bakal aku lalui mungkin mencecah sejauh 2126 km.



20121004_165548


Di hari pertama.... insyaAllah aku bertolak dari rumah.. singgah di Masjid Zahir dan kemudiannya ke Masjid Negeri Pulau Pinang... dan Masjid Negeri Perak... dan bermalam di Ipoh.



Di hari ke 2... aku akan menuju ke Masjid Sultan Sallehuddin Shah Alam... Masjid Negara... dan seterusnya ke Masjid Negeri, Seremban... dan bermalam di Seremban.



Di hari ke 3... dari Seremban... aku akan ke Masjid Al-Azim, Melaka... dan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru... sebelum bermalam di Johor Bahru.



Di hari ke 4... aku akan menuju ke Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan Masjid Tengku Zaharah, Terengganu... dan bermalam di Kuala Terengganu.



Di hari ke 5... aku akan ke Masjid Muhammadi, Kota Bahru... dan terus pulang ke Perlis... yang kemudiannya singgah di Masjid Negeri, Arau.



Anggaran perbelanjaan secara kasar:



1. Fuel - RM 200

2. Makan - RM 250

3. Hotel - RM 150 x 4 malam = RM 600



InsyaAllah... sesi memenuhi tabung buluh telah pun berlangsung...



Antara aktiviti yang boleh dilakukan di setiap masjid yang akan disinggahi adalah solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat dhuha serta solat- solat wajib... yang telah pun aku prepare jadualnya...



Semoga perancangan ni dapat direalisasikan tahun depan. Selain dapat keseronokan menunggang mengelilingi Semenanjung Malaysia... moga-moga dapat juga pahala... InsyaAllah...



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

2 ulasan:

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...