28 Oktober 2012

MOTOGP DI SIC

Catatan Ayah



Ahad
5 Zulhijjah 1433
21 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Inilah harinya yang ditunggu-tunggu...



Hari ni lah berlangsungnya... salah satu kejohanan dunia di SIC Sepang... iaitu Malaysian Grand Prix 2012... 



Seawal jam 8.00 pagi... aku bersama Che Ami bergerak dari Selayang... menuju ke Sepang..



Sebelum tu.. sempat singgah kat Restoran Rumpun di Selayang untuk mengisi perut sebelum ke Sepang.



20121021_095646



Selepas bersarapan... kami terus ke Sepang. Kurang lebih jam 11.00 pagi, kami sampai Sepang. Jalan agak sesak dengan kenderaan.



20121021_101234



Akhirnya.. kami berjaya dapat tempat parking... tapi agak jauh. Kiranya kami berjalan kira-kira 2 km dari tempat parking ke pintu masuk utama.



Photobucket



Orang ramai mula memasuki perkarangan SIC... yang difahamkan mencecah hampir 80,000 orang...



P1160315copy



Kira-kira jam 1.05 tengah hari... perlumbaan Moto3 bermula yang turut ditandingi oleh Zulfahmi Khairuddin. Perlumbaan agak sengit dan seronok. Dan yang paling menyeronokkan... Zulfahmi mendapat tempat ke-2 dan pertama kali bagi rakyat Malaysia menaiki podium.



Photobucket



Sebaik habis perlumbaan Moto3.. hujan turun dengan agak lebat. Perlumbaan Moto2 terpaksa ditunda sekejap. Kurang lebih jam 2.55 petang.. baru perlumbaan bermula. Tahun ni.. Malaysia mendapat satu wild card yang diberikan kepada Hafizh Syahrin yang mewakili Pasukan Petronas.


Photobucket



Perlumbaan cukup sengit dan mendebarkan. Hafizh Syahrin yang bermula dari tempat ke-27 mampu memotong joki-joki dunia... sehingga satu masa mampu leading. 



Akhirnya.. beliau mampu dapat tempat ke-4 selepas perlumbaan ditamatkan pada pusingan ke-15 kerana hujan semakin lebat. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi anak melayu Malaysia. Seorang yang hanya berlumba atas tiket wild card... mampu mendapat tempat ke-4.



Pendapat aku... Petronas harus melakukan sesuatu supaya bakat Hafizh Syahrin mampu digilap lagi untuk tahun hadapan. Baik taja Hafizh Syahrin yang mempunyai keberanian atau dalam kata lain... hati kering dan berani dalam perlumbaan serta mampu memberi cabaran dalam perlumbaan dari menaja team luar dalam Formula 1...



P1160485copy



Hujan mula berhenti.. dan perlumbaan Motogp bermula hampir jam 4.15 petang.. dalam keadaan litar basah.  Namun dihentikan pada pusingan ke-13 daripada 20 pusingan.



P1160569copy



Bagi aku... perlumbaan Moto2 dan Moto3 lebih menarik dari Motogp tahun ni... Seolah-olah  perlumbaan Motogp hanya sekadar perlumbaan selingan... =P



Photobucket



Hampir jam 7.30 malam baru kami boleh bergerak pulang... dan tersangkut dalam kesesakan jalan hampir 2 jam...



20121021_223207



Akhirnya... hampir jam 11.30 malam baru kami sampai Kunang-Kunang Restaurant untuk menjamu selera... dan jam 1.00 pagi sampai Selayang.




P/S: malam ni kena rehat secukupnya sebab esok dah nak balik ke Perlis....



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...