04 Oktober 2012

MASUK BUKU APPOINMENT

Catatan Ayah



Selasa
17 Zuljaedah 1433
3 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Panas sungguh cuaca dalam 2-3 hari kebelakangan ni.



Rasa macam terbakar kulit semasa tunggang motor waktu balik makan tengahari kat rumah.



Hari ni.. sampailah masanya aku buat maintenance untuk ultrasound... yang digunakan oleh pihak JPD, HTF.



Photobucket



Tapi... nak dapat masa ni.. hampir seminggu aku tunggu... sampaikan nama aku pun masuk dalam senarai appointment pesakit.



Maksudnya.. selepas nama aku... pihak JPD tak akan ambil appoinment pesakit untuk hari ni... khas untuk aku gunakan mesin tu buat maintenance.



Itulah... dapat dilihat... betapa banyaknya pesakit sekarang. Apa yang aku lihat kat buku appoinment tu.. sehari boleh dikatakan hampir belasan pesakit sehari yang perlu diagnos menggunakan ultrasound.



Itu baru yang diagnos menggunakan ultrasound. Tak lihat lagi mesin-mesin lain lagi yang digunakan...



Kesimpulan yang dapat aku katakan... sekarang ni rakyat kita ni ramai yang tak sihat...



Jadi.... marilah kita sama-sama menjaga kesihatan....



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...