24 Oktober 2012

KXO-80G WHITE IMAGE

Catatan Ayah


Khamis
2 Zulhijjah 1433
18 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Hari ni... aku nak tulis berkenaan problem yang terjadi kat General X-ray Toshiba KXO-80G kat HTF ni... sebagai rujukan aku pada masa akan datang.



Masalahnya masih belum diketahui puncanya dan telah berlaku sejak beberapa minggu yang lalu.



Bila gambar x-ray diambil terutama skull dan chest, akan ternampak sebahagian di bahagian tepi image yang berwarna putih.




Photobucket



Juru x-ray memanggilnya soft cut-off. Bila dicetak imej ke atas filem... akan ternampak juga bahagian yang putih tu.




Photobucket




Dari pemeriksaan aku kat bahagian collimator, rasa macam blade collimator telah out of position. Aku telah cuba untuk buat adjustment pada bahagian collimation namun masalah yang sama masih berlaku.



Setelah beberapa kali mencuba dan masih tidak berjaya... terpaksalah untuk minta bantuan dari Abex Medical System.


Tunggulah tengok macam mana Abex Medical System akan buat... dan InsyaAllah akan aku update nanti sebagai rujukan di kemudian hari.



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...