31 Oktober 2012

KXO-80G WHITE IMAGE - PT2

Catatan Ayah



Selasa
7 Zulhijjah 1433
23 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Catatan ni adalah kesinambungan dari catatan perihal masalah yang berlaku pada General X-ray Toshiba KXO-80G yang aku tulis minggu lepas. Perinciannya boleh dibaca di sini.



Masalah white image atau dikenali juga sebagai off-center. Yang mana mengakibatkan imej yang terhasil sebelah cerah dan sebelah gelap.



Setelah beberapa cara telah dilakukan namun masalah masih tetap sama. Jadi aku telah minta pertolongan dari LC Lim.... salah seorang kawan yang juga mengendalikan mesin x-ray base kat Hospital Pulau Pinang.



Kurang lebih jam 12 tengahari.... Lim sampai ke pejabat. Rehat seketika.... dalam jam 1.10 tengahari... aku bawa Lim ke JPD untuk melihat masalah yang berlaku.



Beberapa ujian telah dilakukan. Kami dapati keadaan tube agak senget. Lim cuba untuk membuat beberapa adjustment namun masalah masih tetap sama.



20121023_133933

Adjustment kat tube.... 



Kemudian beliau cuba membuat adjustment kat bahagian siling.



20121023_144014

Adjustment bahagian sensor kat siling...



20121023_165620

Sensor yang control ACS... bila buat wall bucky...



Ternyata.... masalah dapat diselesaikan.



P/S: Alhamdulillah... dapat sedikit lagi ilmu dan pengalaman untuk digunakan pada masa depan.



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...