02 Oktober 2012

JALAN-JALAN ALOR STAR

Catatan Ayah



Ahad
14 Zulkaedah 1433
30 September 2012



Assalamu'alaikum,



Tak pernah lagi aku dok jalan-jalan kot dalam Alor Star semenjak zaman persekolahan... cuma jika ada kerja yang perlu diselesaikan... go straight to the point place... (betui ke english aku ni...)



Selepas selesai meracun rumput sekeliling rumah... bersiap anak-anak.. kami sekeluarga terus menuju ke Alor Star.. dengan tujuan utama untuk ke Klinik Maha di Alor Star.



Sebabnya... nak kena buat medical check-up... yang aku perlu buat sebagai radiation worker setiap 3 tahun... last sekali buat tahun 2009 yang lepas...



Photobucket



Sebelum sampai Klinik Maha... kami singgah sebentar kat Selera Gunung... saja nak try bihun supnya... yang dikatakan sedap...



Photobucket



Tapi... selepas dirasa... rasanya biasa saja. Rasa-rasanya... bihun sup Abang Dan kat Pekan Simpang Empat, Perlis lagi sedap...



Selesai makan... terus tuju ke Klinik Maha. Jam pun dah menunjukkan pukul 1 tengahari...



Malanganya... Klinik Maha tutup. Pukul 2.30 petang baru buka. Jadi kami ambil keputusan untuk jalan-jalan dulu... sementara nak tunggu Klinik Maha buka balik.



Arah yang kami tuju adalah Plaza Sentosa... yang katanya syurga handset. Kereta dah parkir dah... dan malas dah nak ke sana dengan kereta... apalagi jalan kaki ler... bukan selalu jalan-jalan dalam Alor Star ni...



Photobucket




Photobucket



Dengan menggunakan jalan short-cut... kami singgah beberapa tempat... antaranya sekitar Balai Seni... dan kawasan sekitarnya...




Photobucket




Dari situ... kami tuju ke Plaza Sentosa. Memang betul... penuh dengan kedai-kedai menjual handset... bermacam-macam jenama dan bermacam-macam harga....




Puas pusing-pusing sekitar Plaza Sentosa... kami singgah sebentar kat Masjid Zahir untuk tunaikan kewajipan...




Photobucket




Photobucket



Nampaknya... Masjid Zahir dalam proses mengecat semula...



Photobucket



Sejarah Masjid Zahir dapat dibaca kat atas tu.... =)



Photobucket




Dari situ... kami berjalan kembali ke Klinik Maha. Alhamdulillah... klinik sudah mula beroperasi kembali... tapi kena tunggu giliran... sebab ramai pekerja-pekerja dari Nepal yang sedang buat medical check-up... baru masuk kerja kat Malaysia...



Klinik Maha ni... kisahnya dikatakan klinik yang diasaskan oleh Tun Mahathir dan salah satu klinik panel syarikat yang aku bekerja sekarang ni. Aku selaku radiation worker kena buat medical check-up setiap 3 tahun... yang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.




Alhamdulillah... selesai... lesen RPO pun dah boleh renew nanti...




Lihat anak-anak pun dah letih... puas berjalan...



P/S: seronok juga jalan-jalan...



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...