09 Oktober 2012

DEBU

Catatan Ayah



Selasa
23 Zulkaedah 1433
9 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Debu...



Debu salah satu elemen yang boleh dikatakan penting juga dalam kehidupan kita.



Jika hendak bersuci dan solat... debu diperlukan untuk bertayammum dikala tiada kedapatan sumber air.


Begitu juga bila sakit dan tak boleh menggunakan air ketika hendak solat... kerana solat wajib dilakukan tak kira walau macam mana pun keadaannya... jadi debu diperlukan ketika bertayammum. Juga ketika dalam kapal terbang... di kala sampai waktu solat dan tak boleh menggunakan air untuk berwuduk... debu yang melekat ditingkap atau kerusi kapal terbang diperlukan untuk bertayammum.



Photobucket



Namun... debu yang terlalu banyak... yang terperangkap dalam sebuah mesin yang digunakan di hospital... akan menimbulkan musibah.



Debu yang terlalu banyak terhimpun kat dalam ultrasound contohnya... akan mengganggu sistem pengudaraan kat dalam mesin.



Photobucket



Itulah salah satu tugas aku... ketika menjalankan kerja-kerja maintenance... tak kira ultrasound... mahupun mesin x-ray... Jadilah aku tukang sapu... membuang debu-debu... sama ada dengan cara memberus... menghembus dengan blower... atau menghisap dengan vacuum cleaner...



Kadang-kadang tu hairan juga... dari mana datangnya debu ni... walaupun mesin berada dalam bilik yang suhunya sentiasa terkawal... dan environment juga terkawal...



Selepas pembersihan... diuji... Alhamdulaillah... semuanya berjalan lancar...



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...