03 Oktober 2012

C-ARM GE STENOSCOP 2

Catatan Ayah



Isnin
15 Zulkaedah 1433
1 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Alhamdulillah... akhirnya selesai juga riwayat hidup salah sebuah mesin x-ray yang terdapat kat HTF ni. 



Mesin tersebut adalah c-arm model GE Stenoscop 2. Mesin ni dah digunakan di HTF sejak lebih 10 tahun yang lalu.
 



Photobucket



For info...c-arm adalah sejenis mobile fluoroscopy. Kenapa dipanggil c-arm? Kerana bentuknya terdapat seolah-olah tangan yang bentuk huruf "C".




Beberapa bulan yang lalu... c-arm ni telah rosak. Bukan kerana tak boleh buat screening... tapi secara mekanikalnya.. tiang yang memegang arm "C"nya telah bengkok.



Macam mana boleh terjadi sebegitu? Susah untuk aku menjelaskannya. Terdapat beberapa kemungkinannya... sama ada vandalisme atau careless semasa menggunakannya.



Mula masalahnya... aku telah terima aduan yang mengatakan "C"nya tak boleh naik turun.



Selepas meneliti... aku dapati terdapat beberapa masalah... yang agak susah untuk aku jelaskan... dan mungkin gambar-gambar aku tontonkan kat sini boleh menjelaskannya.. bak kata orang.... pictures tells thousand words.



Photobucket




Selepas perbincangan dengan Boss dan kawan-kawan senior... pembaikan tak boleh dilakukan kerana akan memakan belanja yang agak tinggi.



Jadi.... aku dan Boss ambil keputusan untuk lupuskan mesin ni... atas beberapa sebab... antaranya kos pembaikan yang tinggi sebab perlu menukar keseluruhannya... jika dibandingkan kos pembaikan selama ni dengan kos pembelian sekitar 10 tahun yang lepas... agak tak berbaloi....



Alhamdulillah.... pagi tadi aku dapat surat dari pihak pengeluar yang model ni telah obselete....



Jadi... senang sikit kerja aku... dan kuranglah satu mesin x-ray di bawah jagaan aku.



P/S: semoga HTF akan dapat mesin baru nanti..



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian...



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...