08 Oktober 2012

AIR COND KENARI... 182198 KM

Catatan Ayah



Sabtu
20 Zulkaedah 1433
6 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Kebelakangan ni... temperature Kenari aku selalu naik tinggi... tambahan jika on air-cond.



Aku perasan semenjak hantar mak aku ke Bayan Lepas yang lalu. Bila tak on air-cond... temperature ok...


Photobucket



Hari ni baru ada kesempatan untuk bawa Kenari ke kedai pomen... untuk check condition air-cond.



Yang pasti.... 2-3 lepas... aku perasan kipas tak berpusing bila on air-cond. Mungkin motor kipas rosak.



Kelmarin... sewaktu balik kerja.. aku singgah sebentar kat kedai Hong  Air-cond.. untuk bertanyakan kedainya buka pukul berapa.



Kedai ni... aku dapat info dari Che Ami... yang pernah repair keretanya.



Photobucket



Tadi... seawal jam 8.45 pagi... aku telah ke Kedai Hong... yang letaknya berhadapan dengan Bernas Utan Aji... berdekatan dengan Taman Kemajuan. Alhamdulillah... kedai baru jer buka dan aku jadi first customer.



Selepas dibuka dan diperiksa... kepompom motor kipas telah rosak. Jadi kena tukar motor baru ler.



Photobucket



Motor yang ditukar dari jenis Denso. Dah tukar motor... aku ambil peluang servis air-cond sekali. Bersihkan cooling coil, tukar gas dan penapis.



Hampir 2 1/2 jam... baru selesai. Diuji dan... pergh!!!!... sejuk...



Alhamdulillah... air-cond Kenari dah kembali seperti sediakala... dan temperature back to normal....



Kadar upahnya.... RM 300 iaitu:



1. Motor Denso - RM 170

2. Upah servis air-cond - RM 80

3. Filter - RM 30

4. Minyak yang diisikan ke dalam pipe-line air-cond - RM 25

Semuanya berjumlah   RM 300...



Inilah kali pertama semenjak 7 tahun yang lalu... Kenari ni bermasalah dengan air-cond dan temperature...



Sekarang... Kenari is back to normal.. Cuma nanti cuti sekolah November nanti.. aku akan hantar untuk buat top-overhaul pulak...



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

5 ulasan:

  1. kena buat overhaul tu atau ganti saja dengan kereta baru..he he

    BalasPadam
  2. Cuti sekolah nanti baru nak pi buat overhaul..sebab sekarang wife dok guna..hantar anak ke sekolah..

    Nak jual sayang...nak tukar baru...malas nak berhutang..nak simpan duit naik haji pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa perlu overhaul?mkn minyak hitam ke

      Padam
    2. Bukan overhaul...tapi top-overhaul. Dah selesai buat minggu lepas.

      Padam
  3. Slm.sy pn pkai kenari.mcm2 rosak.aircon.bearing.radiator.cooling coil.leaking.ha...byk abis duit.
    adkh semua kenari mcm tu?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...