16 September 2012

WELCOME ABEAWE..

Catatan Ayah



Ahad
29 Syawal 1433
16 September 2012



Assalamu'alaikum,



Terlebih dahulu.. aku ucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke-49..



Beberapa minggu yang lepas.. aku telah menerima panggilan dari Abeawe.. yang katanya akan datang untuk bercuti ke Langkawi..



For info.. Abeawe adalah salah seorang sahabat bikers hasil dari perkenalan dari forum SBM. Terasa bangga di hati selepas menerima panggilan dari Abeawe.. dan tak sabar rasanya ingin berjumpa.. selepas perjumpaan terakhir semasa aku ride ke Johor beberapa tahun yang lalu...



Seperti yang dijanjikan.. di pagi jumaat lepas.. aku menerima panggilan dari Abeawe.. yang ketika hampir sampai ke Kuala Perlis.. Terus aku menuju ke Kuala Perlis..



Alhamdulillah.. sebaik tiba kat jeti.. Abeawe dah pun sampai..



Abeawe akan ke Langkawi.. melancong sehingga 16 September...


Selepas membeli tiket feri.. yang jadualnya 10.45 pagi.. aku terus ajak ke rumah.. sebab pagi masih awal... dan mencadangkan untuk Abeawe simpan jer kereta kat rumah.. rasanya lagi safe dan jimat...



Photobucket



Selepas berehat seketika kat rumah... Abeawe selamat ke Langkawi...



Dan tadi... kurang lebih jam 3 petang.. Abeawe telah selamat kembali dari Langkawi..



Aku telah jemput Abeawe kat Jeti Kuala Perlis.. Sementelah dah ada kat Kuala Perlis... apalagi.. bawa try merasa Laksa Kak Su ler...



Photobucket




Photobucket



Selepas menjamu selera.. terus ke rumah aku...



Abeawe bertolak pulang ke Johor kurang lebih pukul 4 petang tadi...



Kat sini.. aku ucapkan Selamat Datang ke Perlis.. dan Selamat Kembali ke Johor..


Semoga selamat sepanjang perjalanan... Nanti.. jangan lupa datang lagi...


p/s: kalau datang dengan motor pulak.. kita ride sesama ke Thailand pulak...



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...