20 September 2012

WASTE CHAMBER 2 ERROR

Catatan Ayah



Khamis
4 Zulkaedah 1433
20 September 2012



Assalamu'alaikum,



On call.. itulah salah satu tanggungjawab yang perlu dipikul bila bekerja dalam bidang aku... Kami sepejabat telah berkongsi.. dan telah membahagi hari yang mana setiap orang akan kena on-call selama 4-5 hari seorang.. secara bergilir-gilir...



Sekali lagi dalam bulan september ni.. aku telah kena on-call selama 5 hari.. jadi tak boleh ke mana-manalah selama 5 hari tu.. standby jer kat rumah... sebab jika ada panggilan... aku perlu attend dalam masa 5 minit...



Dalam 5 hari tu.. aku perlu attend setiap panggilan kecemasan.. tak kira waktu mana pun selepas office hour..



Kali ni.. sekali lagi aku dipanggil kerana salah satu alat yang digunakan di Makmal Bio-Chemistry naik error... iaitu Waste Chamber 2 Error..



Aku.. bab peralatan Makmal ni memang kayu sikit... tak tau macam mana nak baikinya... kalau benda lain tu... insyaAllah..



Kurang lebih pukul 11.30 malam aku dipanggil... suasana hujan pulak tu... adoi.... =(



Photobucket



Mau tak mau... kerja perlu diselesaikan...



Sebaik sampai sana... terpaksalah aku contact Zamri... yang rasanya dah tidur tengah-tengah malam ni...



Alhamdulillah... panggilan dijawab.. dan cara-cara pembaikan diberitahu melalui telefon...



Sebagai rujukan aku di kemudian hari... jika masalah ini berlaku lagi.. aku perlu buka panel sisi alat ini... dan bersihkan salah satu valve untuk waste chamber... yang terletak kat hujung... (lupa pulak ambik gambar...)



Setelah bersihkan.. akibat tersumbat.. aku minta salah seorang Juruteknik Makmal yang bertugas ketika tu.. uji alat tu... sama ada berfungsi atau tidak...



Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar...




Terima kasih kepada Zamri... atas pertolongan...




"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."




Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...