01 September 2012

SHIMADZU JERK

Catatan Ayah


Sabtu
14Syawal 1433
1 September 2012


Assalamu'alaikum,


Lama rasanya aku tak berkongsi pengalaman membuat troubleshooting mesin x-ray...


Semasa dalam bulan ramadhan yang lepas.... ketika aku ke JPD, HTF.. salah seorang Juru X-ray telah memberitahu aku..



"Shimadzu ni..bila kita tolak.. dia dok jerk.. tersangkut-sangkut.."


"Tak pa.. sat lagi saya tengok..", balas aku...


Aku cuba tolak Shimadzu MUX-100H ni.. yang aku kira.. berusia hampir 5 tahun..


Aku dapati.. memang ada sedikit jerking.. bila ditolak ke depan.. mahupun belakang...


Dan.. aku dapati juga.. apabila tube diparkirkan.. lampu isyarat masih menunjukkan warna merah.. menandakan tube parking tak sempurna.. yang sepatutnya menunjukkan warna biru...


20120811_123253


Bila diperhatikan...ternampak tunggul besi yang seakan-akan patah...


Bila diangkat tube ke atas... maka ternampaklah masalahnya...


20120811_123304


"OOhhhhh.... benda ni ka yang tercabut dari tempatnya...", aku berkata kepada diri sendiri...


Entahlah.. telah menjadi kebiasaan... apabila membuat troubleshooting.. aku sering bercakap sendiri... seolah-olah bersembang dengan diri sendiri... Dah jadi tabiat...


20120811_123312


20120813_095459


Di sinilah.. tempatnya kedudukan asal tunggul besi tu...


Maka.. dicabut besi tu.. dan dipasang semula seperti asal...


Apabila diuji... mesin masih lagi jerk...sekejap-sekejap berhenti... sekejap jalan...


Kelebet punya kelebet... terjumpalah.. satu suis sensor... kat bawah tempat tunggul besi tu tertanam sebelum ni...


Pada perkiraan aku yang amatur ni... batang suis tu telah bengkok ke bawah...dan penekan kepada suis tu tak sampai... jadi suis tu tidak dalam keadaan ON...


Jadi... dibetulkan kembali batang suis.. dan dicuba kembali...


Alhamdulillah... masalah settle...


p/s: Semoga... artikel ni dapat menjadi panduan aku kemudian hari...


"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...