25 September 2012

SELAMAT AKHIRNYA...

Catatan Ayah



Sabtu
6 Zulkaedah 1433
22 September 2012



Assalamu'alaikum,



Alhamdulillah.. Adik Ein selamat sampai dari Melaka kurang lebih pukul 9 malam semalam... dan Adik Syuhada selamat sampai dari KL kurang lebih pukul 1 pagi...



Terima kasih juga diucapkan kepada As sekeluarga yang menjamu kami semua dinner semalam...




Kini... tibalah masanya hari yang dinanti-nantikan... iaitu hari mak akan berlepas ke Tanah Suci...



20120922_064645_zps8bfad6bc


Seawal jam 7 pagi... aku sekeluarga dan adik-adik check-out dari hotel... dan menuju ke Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas...



Photobucket



Tak ramai lagi orang ketika kami sampai.. Perut pun terasa lapar sebab hotel yang kami inap tak menyediakan sarapan.. Keadaan cuaca pulak agak basah sebab hujan yang turun semenjak subuh tadi... Selepas sarapan secara ringkas... kami sekeluarga lepak kat khemah pengantar... yang disediakan untuk para waris... 



Photobucket



Kurang lebih pukul 9 pagi baru mak keluar dari penginapan yang disediakan oleh Tabung Haji kepada para jemaah... Dan adik beradik yang lain pun sudah mula sampai... 



20120922_092546_zpsefa5305f

Gerai menjual berbagai barangan pun ada...



Photobucket

Anak-anak leka bermain...



Orang pun dah semakin ramai yang sampai... Kurang lebih jam 11 pagi... mak masuk balik ke dalam... bahagian pendaftaran untuk mendaftar dan mengambil beg sandang... dan kurang lebih pukul 11.40 pagi... mak telah masuk untuk taklimat... Kurang lebih pukul 3.30 petang... para jemaah haji termasuk mak telah dihantar ke Lapangan Terbang Bayan Lepas dengan bas... dan dilaporkan terbang ke Jeddah pukul 4.30 petang dengan pesawat MAS...



Photobucket




Selesai semua urusan... kami sekeluarga telah ke Padang Kota Lama... untuk menjamu selera... Padang Kota Lama pun dah berubah sekarang... dah tak macam dulu lagi (pada pandangan mata aku ler...)



20120922_133503_zpsffe42f6c

Anak-anak bersantai... selepas kekenyangan...



Photobucket

Pemandangan sekitar tepi laut Padang Kota Lama...




20120922_135817_zps5df10814




Kemudian... kami pulang.. melalui perkhidmatan feri... saja aku pasang GPS... nak tengok kelajuan feri tu... Nak tau berapa halaju feri? Mengikut GPS aku... kelajuan feri adalah 18.5km/j.....B-)



Photobucket




Akhirnya... kami pulang mengikut haluan masing-masing... Aku menghala pulang ke Perlis... Adik Syuhada ke KL dan Adil Ein ke Melaka... InsyaAllah.. mak akan pulang ke Tanahair pada 10 November 2012 nanti...



Maka... selesailah sudah urusan pemergian mak untuk mengerjakan fardhu haji... Semoga mak sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menjalankan ibadah haji... dan semoga mak dapat haji yang mabrur... Amin..



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...