24 September 2012

PERJALANAN MAK BERMULA

Catatan Ayah



Jumaat
5 Zulkaedah 1433
21 September 2012



Assalamu'alaikum,



Tibalah masanya... setelah beberapa tahun menanti... akhirnya Allah mengizinkan mak aku untuk menjadi tetamu-Nya.. menunaikan ibadah haji..




Photobucket




Mulanya... mak aku dijadualkan untuk bertolak ke Tanah Suci pada 17 September 2012... melalui KLIA... namun telah diubah disaat akhir oleh pihak Tabung Haji ke 22 September 2012 melalui Bayan Lepas, Pulau Pinang... penerbangan terus ke Jeddah... dan kemudiannya akan ke Madinah.. menggunakan perkhidmatan penerbangan MAS...




Kami sekeluarga bertolak ke Bayan Lepas pada 21 September 2012... lebih kurang jam 10 pagi... selepas bacaan doa selamat oleh sepupu aku... Ustaz Mahmud...



Photobucket




Alhamdulillah... perjalanan agak lancar..  Kami sampai di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas lebih kurang jam 1 tengahari... selepas berehat seketika di R&R Gurun...



Photobucket




Alhamdulillah... mak aku disediakan bilik penginapan di Taha D'Mutiara... hotel milik Tabung Haji..



Photobucket




Bilik penginapan yang disediakan cukup selesa.. yang akan menempatkan 4 orang jemaah haji setiap bilik..
Pendaftaran haji akan bermula pada 22 September 2012... jam 12.30 tengahari... dan khabarnya.. pesawat penerbangan akan berlepas pada jam 4.30 petang...



Photobucket




Selesai bab penginapan mak... kami sekeluarga terus ke Bayan Baru... untuk check-in bilik penginapan kami pula... yang aku tempah beberapa hari yang lalu... iaitu di Hotel B-Suite..



Photobucket




Photobucket




Photobucket




Ok juga tengok bilik kat B-Suite ni... agak luas dan selesa.. kiranya berbaloi dengan harganya...




Photobucket

Pemandangan sekitar Bayan Baru... dari tingkat 7 B-Suite..




Photobucket

Petangnya... sempat berjalan-jalan sekitar Bukit Jambul Shopping Complex...




P/S: perut pun dah lapar... jom aku nak cari makan dulu... dan berehat.. esok nak bangun awal untuk ke Tabung Haji... menyaksikan keberangkatan mak aku....




"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."




Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

2 ulasan:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan mak sdr sepanjang menjalankan ibadah hj di tanah suci nanti.amin...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...