06 September 2012

KEHIDUPAN DAN KEMATIAN...

Catatan Ayah


Khamis
19 Syawal 1433
6 September 2012


Assalamu'alaikum,


Mati itu pasti.. tidak akan lambat walau sesaat.. tidak akan cepat walau sesaat.. dan telah tertulis di Luh Mahfuz..


Sementara dok ada nyawa di badan ni... marilah kita beramal ibadah.. sebagai bekalan nanti..


Tak dak bekalan yang boleh dibawa.. cuma amal soleh dan doa anak-anak yang soleh sahaja...


Jumaat lepas.. aku sekeluarga telah ke Changlun dan Jitra.. membawa mak aku melawat abang-abangnya (bapa saudara aku ler).. sebelum berangkat ke Tanah Suci...


Bapa saudara aku sebelah mak.. hanya tinggal 3 orang saja.. iaitu Wa Hassan, Pak Ndak Ya dan Pak Teh..


Pak Teh.. ketika itu berada di Hospital Sultanah Bahiyah.. kerana sakit dan telah dimasukkan ke wad semenjak 2 Syawal lagi...


20120831_100947


Mulanya.. kami ke rumah Pak Ndak Ya dulu.. yang letaknya di Tunjang...


20120831_111306


Kemudian.. kami ke rumah Wa Hassan pulak...


20120831_111138


Sempat melawat rumah lama Allahyarham Tok dan Tok Wan...


Cadangnya.. selepas tu nak melawat Pak Teh di HSB.. namun memandangkan dah hampir solat jumaat.. kami telah batalkan niat tu...


Petangnya... kami telah mendapat berita.. yang Pak Teh tenat.. terus kami bergegas ke HSB..


Dalam perjalanan.. aku telah mendapat berita.. ayah Nadzari.. telah meninggal dunia.. kira-kira jam 6 petang..


Takziah buat Nadzari dan keluarga.. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat..


Dan semasa pulang dari HSB, terus kami ke rumah Allahyarham.. untuk melawat beliau...


Selang 2 hari.. iaitu hari ahad.. 2 September 2012 yang lepas.. sekali lagi.. kami sekeluarga telah menerima berita yang mengejutkan... yang Pak Teh tenat lagi...


Terus kami bergegas ke HSB...


Telah tersurat.. Pak Teh meninggalkan kami semua.. kurang lebih jam 2.30 petang.. 


Photobucket


Dan... Allahyarham Pak Teh selamat dikebumikan di Kampung Alor Rambai.. kurang lebih jam 6 petang...


Terima kasih kepada anggota TUDM.. yang bertungkus-lumus menggali kubur..


Semoga penat lelah tuan-tuan mendapat keberkatan Allah Taala..


Semoga roh Allahyarham Pak Teh dan Allahyarham ayah Nadzari ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang beriman dan dicucuri rahmat...


Al-Fatihah...



Photobucket


Amin.....


"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...