08 September 2012

HTF BAKAL BERUBAH WAJAH - 13

Catatan Ayah



Sabtu
21 Syawal 1433
8 September 2012



Alhamdulillah.. kira-kira 2 bulan lebih.. kontraktor dok pulun.. akhirnya bangunan baru yang menempatkan mesin-mesin x-ray yang baru telah siap.. 



Bangunan baru Jabatan Pengimejan Diagnostik.. yang menempatkan 4 mesin utama.. iaitu MRI, CT Scan, General Fluoroscopy dan General X-ray.. bagi menggantikan mesin-mesin MRI, CT Scan dan General Fluoroscopy yang lama.. yang telah rosak akibat telah ditenggelami banjir pada tahun 2010 yang lepas..



Photobucket



Bangunan baru ni dibina bersebelahan dengan Makmal dan Bilik MRI yang lama.. yang mana kawasan bangunan ni.. dulunya adalah tempat parkir kenderaan..



Mesin-mesin x-ray ditempatkan di tingkat atas... bagi mengelakkan masalah 2010 berulang kembali... manakala tingkat bawahnya dibuat dewan... 



Program Pre-Testing & Commisioning (T&C) telah berlangsung selama 3 hari... bermula 3 September yang lepas... 



20120904_094720



Tingkat atas bangunan.. terdapat 4 bilik utama... yang menempatkan MRI, CT Scan, General Fluoroscopy dan General X-Ray... yang semuanya dari jenama Siemens...



20120904_102443




20120904_102453



Pemeriksaan telah dilakukan dengan teliti.. yang diketuai oleh Dr Syed Mustafa dari Bahagian Kejuruteraan KKM.... 



20120904_113927




20120904_113941




20120904_114905



Inilah... antara mesin-mesin baru yang telah diterima....



P1150597



CT Scan Siemens Somatom Definition.. yang berkeupayaan 64 slices.. berbanding mesin lama yang hanya 16 slices...



P1150675



MRI dari model Siemens Somatom Access.. sama dengan model lama... Mesin lama.. khabarnya akan dibuka dan dibaiki.. Dan akan dihantar ke salah sebuah kolej sebagai bahan pembelajaran...



Pihak Siemens telah memberi jaminan yang MRI ni.. yang heliumnya 0% lost...



P1150689



General Fluoroscopy pula dari model Siemens Luminos.. tak tau pulak prestasinya macam mana.. Ia menggantikan mesin lama dari model Philips Eleva Diagnost.. Lepas ni.. bermula tahun depan.. aku nak kena buat QA test untuk mesin ni la pulak....



P1150655



Dan.. General X-ray dari model Siemens Multix Top.. dan rasa-rasanya sama model yang digunakan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani...



Semua peralatan ni.. dibantu oleh CR dan Laser Imager untuk pemprosesan filem... dari model Kodak Dry View 6850 families...



P1150613




P1150657



Terdapat 2 buah Laser Imager dan sebuah CR.. jadi jumlah semuanya yang aku perlu jaga.. dicampur dengan yang lama... 6 buah Laser Imager dan 4 buah CR... 



Alat-alat lain yang kecil.. yang datang sekali secara package adalah....



P1150599

Contrast media Injector...




P1150652

MRI compatible Patient Monitor...




P1150678

Defibrillator...




P1150694

MRI compatible Infusion Pump...




P1150676

Patient Monitor...




P1150680

Vital Sign Monitor...




P1150692

Portable Pulse Oximeter...



Dan...



P1150666

Suction Pump...



Pemeriksaan kesemua alat telah berakhir pada 5 September yang lepas.. dan T&C yang sebenar akan berlangsung pada 24 September nanti...



Maka.. bertambahlah alat-alat di bawah jagaan aku nanti...



Diucapkan.. syabas dan selamat menggunakan peralatan baru kepada semua staf JPD HTF.. nanti guna tu baik-baik yer... supaya tahan lama... hehehe.. =P 



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...