28 September 2012

DAH TERTULIS

Catatan Ayah



Rabu
10 Zulkaedah 1433
26 September 2012



Assalamu'alaikum,



Hujan agak lebat hari ni... semenjak tengahari. Awan mendung dah kelihatan semenjak pagi lagi.



Dah dua tiga hari... Kangar dok asyik hujan saja... kalau tak pagi... petang atau malam. Apa-apa pun.. syukur alhamdulillah dengan hujan mahu pun panas.. yang Allah anugerahkan kepada kita. Jangan sesekali mengeluh....



Tengahari tadi... semasa kembali ke bengkel dari rumah.. (setiap hari aku balik rumah makan tengahari).. hujan turun dengan agak lebat dari kebiasaan. 



Dengan baju hujan pun.. terasa pakaian kat dalam agak lembab... dan pandangan agak terhad... ditambahi dengan angin yang agak kuat.



Alhamdulillah... selamat sampai bengkel. Alhamdulillah... pihak majikan menyediakan tempat parkir motorsikal berbumbung... jadi aku ambil masa sedikit membuka pakaian hujan... dan mengelap kaki sebelum menyarungkan kasut.



Dummmm.....



Tiba-tiba.. terdengar suatu suara dentuman yang agak kuat... dari arah belakang aku.



"Bunyi apa tu... eksiden ka hujan-hujan ni", terlintas di fikiran aku.



Ternampak sebatang kayu... iaitu dahan pokok yang telah jatuh betul-betul di hadapan sebuah kereta yang diparkir di belakang asrama doktor... yang telah dibuat tempat parkir kereta.



Tempat parkir kereta ni memang dipenuhi dengan pokok-pokok lama dan tua. Dahan-dahannya banyak yang reput. Tak mustahil dalam keadaan hujan lebat dan berangin ni... dahan-dahan pokok tu akan patah. Aku cuba lihat dari dekat. Hah... bukan setakat dahan tu jatuh kat depan kereta... bahkan kat atas kereta juga.


Photobucket


Teruk juga kereta tu. Habis bumbung kemek dan cermin depan pecah.



Aku turut tumpang simpati kepada tuan punya kereta.



Jadikan ia sebagai iktibar ketika meletakkan kereta dan semuanya dah tertulis. Mungkin ianya kifarah.......



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...