26 September 2012

BULB MOBILETT PLUS E

Catatan Ayah



Rabu
10 Zulkaedah 1433
26 September 2012



Assalamu'alaikum,



Alhamdulillah... hari ni rasmilah sudah penyerahan bangunan baru MRI yang menempatkan mesin-mesin x-ray baru... diserahkan dari kontraktor kepada pihak HTF.



Khabarnya.. majlis dijalankan pada pukul 10.30 pagi dan dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis...



Dan seperti biasa... aku menjalankan kerja-kerja aku... dan hari ni.. tugasan aku adalah... buat penyelenggaraan berkala untuk mobile x-ray model Siemens Mobilett Plus E...



Beberapa hari yang lalu, pihak JPD ada buat laporan yang mesin ni tak dapat digunakan. Jadi... aku tengok sekali apa masalahnya dengan mesin ni.




Photobucket




Bila power on... tiada masalah yang timbul. Selepas dionkan lampu collimator... baru nampak yang lampunya tak menyala. Rupa-rupanya bulbnya saja yang terbakar.




Photobucket




Siemens Mobilett Plus E ni menggunakan halogen bulb 24V 150W. Lokasi bulb terletak di bahagian depan tube. Untuk access bulb.. perlu buka 4 skru... 2 di hadapan dan 2 di bawah. Kemudiannya perlu longgarkan allen key yang menutupi bulb tu.




Photobucket



Selepas ditanggalkan bulb lama dan diganti dengan bulb baru... aku terus buat maintenance.




Photobucket




Selesai buat maintenance, diuji... performance mesin dalam keadaan ok... dan sedia untuk digunakan.



Photobucket



Terima kasih kepada Fahmi yang membantu menghantar bulb dari bengkel kepada aku tadi... serta membantu membuat pemasangan cover mesin tadi....




"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...