13 September 2012

BELAJAR BERKOMUNIKASI...

Catatan Ayah



Jumaat
27 Syawal 1433
14 September 2012



Assalamu'alaikum,



Rupa-rupanya.. cara berkomunikasi juga penting dalam melaksanakan tugasan seharian.. dan sepanjang kehidupan..



Silap berkomunikasi.. maka silaplah tanggapan orang lain terhadap kita.. dan silap-silap bakal menimbulkan kemarahan orang.. itu yang aku telah pelajari selama 2 hari semasa menghadiri kursus Mastering Communication Skill With Confidence di Alor Star...




Photobucket



Seawal jam 7.45 pagi.. aku telah ke Alor Star.. dengan Siput Sedutku. Selain aku.. Mohd Nor, Fiza dan Shidah juga terlibat dalam training ni.. 



Selain kami.. sebahagian staf dari Pulau Pinang dan sekitar Kedah turut terlibat. 



Program bermula lebih kurang jam 9.30 pagi.. selepas bersarapan nasi lemak yang disediakan.. 



Photobucket



Selepas memperkenalkan diri masing-masing.. kami telah dipecahkan kepada 4 kumpulan. Aku termasuk dalam kumpulan 4 yang terdiri dari Idi dan Sofie dari Pulau Pinang, Shabnam dari Alor Star serta Mat Noq dan Shidah...



Photobucket



Selain dari diminta memberi presentation secara berkumpulan.. kami juga diajar cara-cara bertentang mata.. yang ni yang suspen.. hehehe.. Selain tu.. diajar cara berdiri, bersalam, menggunakan nada suara serta mengeluarkan suara yang betul.. dan bermacam-macam lagi.. 



Photobucket



Selain diajar cara berkomunikasi secara biasa dan secara body language.. kami juga diajar berkomunikasi secara bertulis dengan betul.. supaya mesej yang hendak disampaikan berkesan...



Photobucket



Di hari kedua.. kami telah diminta bercakap kat depan.. konon-kononnya public speaking ler..



Dan.. aku kena jadi orang yang pertama.. dan diberi tajuk "Kolam Ikan".. apa lagi.. hantam saja ler... jenuh aku goreng selama 5 minit.. yang kemudiannya aku perlu pilih pula sapa-sapa dan beri tajuk kat dia untuk diulas selama 5 minit...



Semua orang kena.. hahaha... tak boleh lari...



Photobucket



Selepas lunch.. kami diminta bermain.. hahaha.. bermain apa???..



Kami diberi 100 batang kepingan kayu pendek.. dan diminta susun kepingan kayu tu.. setinggi yang mungkin.. dan katanya rekod sebelum ni adalah 4" 11'...



Mulanya.. kami berjaya membina setinggi 4" saja.. kemudiannya berjaya membina setinggi 5" 1" pada percubaan kedua.. dan 5' 4" pada percubaan ketiga... =)



Photobucket



Inilah buktinya... kami berjaya pecahkan rekod.. mencecah ketinggian 5' 4"...



Akhirnya... training berakhir hampir jam 5 petang.. yang diakhiri dengan bergambar beramai-ramai sebagai kenangan...



Photobucket



Banyak ilmu yang aku dapat.. dan InsyaAllah akan aku cuba praktikkan...



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...