29 September 2012

ALHAMDULILLAH

Catatan Ayah



Khamis
10 Zulkaedah 1433
26 September 2012



Assalamu'alaikum,



Alhamdulillah... ketika balik makan tengahari tadi... isteri beritahu satu berita yang menggembirakan hati.
 


"Ayah... ada berita gembira ni..."



"Apa dia...", tanya aku sambil melihat gelagat Kakak Dina yang memeluk ibunya dari belakang. Dan terlihat isteri memuncungkan mulut ke arah Kakak Dina sambil senyum melerek.



Melihat isyarat isteri... terus aku faham akan berita gembira yang nak disampaikan.



Alhamdulillah... Kakak Dina dapat tempat pertama sekali lagi di dalam kelasnya... yang kini dalam darjah 4.



Syukur ke hadrat Allah Ta'ala atas kurnia dan rezeki-Nya. Terasa segala penat lelah mencari rezeki terbayar sudah... dan doa yang selalu aku panjangkan kepada Allah termakbul.....



Syukur atas limpah kurnia Allah Ta'ala.. Kami hamba-Mu hanya mampu berusaha dan memanjatkan doa sahaja. Hanya Engkau, Ya Allah Yang Maha Pengasih... Maha Penyayang....



Kepada Kakak Dina.... teruskan berusaha... jangan terhenti setakat ini sahaja kerana perjalanan masih jauh...



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

1 ulasan:

  1. Tahniah kakak dina..teruskan usaha..jadi murid terbaik & cemerlang...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...