03 September 2012

ALAM RIA PASTI..

Catatan Ayah


Isnin
16 Syawal 1433
3 September 2012


Syawal dah pun ke pertengahannya.. dan masih ramai yang buat rumah terbuka...


Dan tak terlupa...tadika Bang Cik.. juga menganjurkan jamuan Aidil Fitri.. berserta program Alam Ria..



Program Alam Ria PASTI.. adalah program yang dianjurkan oleh pihak PASTI untuk murid-muridnya.. dan kali ni.. melibatkan semua PASTI Kawasan Kangar..


Seawal 8 pagi.. kami telah ke Kompleks PAS Perlis.. di mana program Alam Ria ni dilangsungkan...


P1150594


Sewaktu kami sampai... tak ramai lagi yang hadir...


20120901_081336


Kompleks PAS Perlis ni.. baru saja dibuka.. seingat aku dalam tahun ni juga.. dan letaknya berhampiran dengan Stadium Utama Kangar...


P1150590


Antara aturcara yang diadakan adalah... pertandingan nasyid, azan, hafazan ayat Al-Quran dan hadis, sajak dan Kalam Jamaik...


Pemenang pertandingan yang mewakili PASTI kawasan Kangar ni.. akan terpilih untuk masuk pertandingan peringkat Negeri Perlis.. dan seterusnya akan mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan... yang mana semua peserta terdiri daripada murid-murid PASTI sendiri yang berumur antara 4 hingga 6 tahun...


P1150589


Majlis telah dimulakan dengan membaca Asma Ul-Husna.. yang melibatkan semua perserta dan hadirin..


20120901_081744


Aturcara dimulakan dengan acara hafazan.. di mana peserta perlu membaca ayat-ayat lazim yang pendek dan yang panjang.. yang diundi...


Kemudian.. acara hafazan hadis serta makna.. dan peserta perlu menghafaz  2 hadis...


Selepas tu.. acara azan, nasyid dan Kalam Jamaik..


Seronok melihat telatah anak-anak yang mengambil bahagian... dan terpegun melihat mereka berupaya menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran serta hadis dan mendendangkan azan.. jika dilihat kepada umur mereka yang masih mentah...


P1150586


Anak aku terlibat dalam acara nasyid dan Kalam Jamaik...


P1150593


Aturcara majlis.. berakhir hampir jam 12.45 tengahari.. yang kemudiannya diadakan jamuan Aidil Fitri..


Banyak juga menu yang dihidangkan.. antaranya bihun sup, nasi minyak, ketupat, tapai, biskut raya dan kek...


Alhamdulillah... sedap..


Selesai majlis.. dan makan-makan.. kami semua balik.. 


p/s: terfikir dalam hati.. anak-anak ni ibarat kain yang putih.. jika dibentuk dari awal.. insyaAllah.. mampu menghafaz apa-apa saja.. baik Al-Quran mahu pun hadis.. dan moga-moga mereka akan terus berjinak dengan ayat-ayat Allah dan hadis Rasulullah.. dan semoga masa depan mereka akan terus cerah dan sentiasa mendapat rahmat Allah Taala...


"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...