20 Ogos 2012

ZIARAH...

Catatan Ayah


Isnin
2 Syawal 1433
20 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Sesungguhnya.. mati itu pasti.. bila.. dan di mana.. hanya Allah Yang Maha Mengetahui...


Kita dituntut untuk mengingati mati.. supaya kita sentiasa meningkatkan taqwa.. mengingati Allah Taala.. dan meningkatkan amal ibadah kepada Allah Taala...



Aku juga selalu diingatkan dalam kuliah-kuliah agama... afdal kita menziarahi kubur orang-orang yang telah kembali mengadap Allah di bulan Ramadhan yang lalu...


Wallahu'alam....


20120819_081900


Alhamdulillah... selepas solat Aidil Fitri... aku sekeluarga berkesempatan menziarahi kubur orang-orang kesayangan..


20120819_092200


Kawasan kubur yang letaknya berhadapan dengan Masjid Al-Furqan, Kampung Sentua penuh dengan waris-waris... menziarahi orang-orang tersayang...


Antara orang yang tersayang.. yang bersemadi di sini.. adalah... 


20120819_092813


Kubur Allahyarham ayah aku... Hashim Ibrahim.. yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2000 yang lalu.. dah genap 12 tahun Allahyarham ayah meninggalkan kami sekeluarga...


20120819_092955


Kubur Allahyarham Wa.. Haji Darus Ibrahim.. yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2011 yang lepas.. abang sulung kepada Allahyarham ayah...


Kemudian.. aku dan keluarga telah ke Jitra.. menziarahi kuburan ayah dan mak mertua.. yang terletak di Kampung Lubuk Kawah...


20120819_133657


Kubur Allahyarham ayah mertua aku.. Sulaiman Daud... yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2008 yang lalu...


20120819_133612


Dan... kubur Allahyarhamah mak mertua aku... Zainab Mahmud.. yang juga telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2008.. selang beberapa bulan ayah mertuaku meninggal...


Semoga roh-roh orang kesayangan.. dan saudara mara serta umat Islam yang telah 'pergi' sentiasa mendapat kerahmatan Allah Taala...


Al-Fatihah...


Photobucket


Amin...


"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."


Wassalam

2 ulasan:

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...