28 Ogos 2012

ANAK-ANAK...

Catatan Ayah


Selasa
10 Syawal 1433
28 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Pejam celik.. pejam celik.. dah pun masuk 10 Syawal.. bermakna dah 10 hari kita telah meninggalkan ramadhan... begitu cepat rasanya masa berlalu...


Suasana hari raya Aidil Fitri sudah tak terasa dah.. Itulah salah satunya keberkatan ramadhan.. kerana aura ramadhan terasa selama sebulan... tapi aura hari raya cuma terasa kurang lebih seminggu saja.. (bagi aku ler.. orang lain tak tahulah pulak..)


Alhamdulillah.. dalam Syawal ni.. sekali lagi aku diberi rezeki oleh Allah Taala untuk bertemu dengan anak sulungku... yang tinggal bersama dengan ibu dan bapa tirinya di Pokok Sena...


20120820_120953


Besar sudah anak ayah.. dah nak sama besar dengan ayah dah...


Alhamdulillah... anak-anak aku semuanya dapat bersama..


p/s: tak lupa.. ayah ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Kakak Dina dan Bang Cik Haikal.. yang menyambutnya dalam bulan Ogos ni... manakala Abang Huzaifah dah sambut Februari lepas dan Adik Iman dalam bulan April yang lepas...


"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...