09 Julai 2012

PESTA BUKU PERLIS 2012

Catatan Ayah


Isnin
19 Syaaban 1433
9 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Suatu petang...isteriku telah berbisik kepada aku...


"Bangcik buat perangai pulak dah...", bisik isteriku..


"Pasai apa?" balas aku..


"Merajuk nak pi Pesta Buku...."


"Oklah...petang ni kita pi.....", 


Petang tu...selepas pulang dari kerja...kami terus bergerak...menuju ke Dewan 2020..yang letaknya bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia...



Photobucket



Setiap tahun...kat sinilah diadakan Pesta Buku Perlis...



Photobucket



Pesta Buku Perlis 2012 ni telah berlangsung selama seminggu...dan banyak disertai pengedar-pengedar buku sekitar utara ni...dan seperti biasa...ramai dengan kanak-kanak sekolah dan ibu bapa...



Photobucket



Walaupun sudah petang...tapi pengunjung tetap ramai...lagi pun pesta buku ni berlangsung dari pagi hingga 10 malam...



Photobucket



Dan seperti biasa...mesti ada cabutan bertuah... Tiket cabutan bertuah diberikan berdasarkan resit pembelian buku...


Banyak juga barang-barang cabutan bertuah ni...dari basikal fixie...hinggalah ke kad top-up telefon...



Photobucket




Photobucket



Kami sekeluarga berlegar-legar sekitar pameran...dan telah membeli beberapa buah buku untuk Kakak Dina, Bangcik Haikal dan Adik Iman...


Dari pembelian buku-buku ni...kami telah mendapat 3 tiket cabutan bertuah...


Semoga dengan adanya Pesta Buku ni...mudah-mudahan anak-anak kita akan menjadi insan yang gemar membaca...


"Membaca...jambatan ilmu.."


Photobucket


Yang bermaksud..


"Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah. sejuk hati bila anak2/budak2 suka baca buku. minat yang macam ni la perlu bagi sokongan :)

    -amir-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Amir..Alhamdulillah..sokonglah anak-anak kita...mudah-mudahan jadi insan berguna kelak...

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...