22 Julai 2012

NGETEH RENAZ2

Catatan Ayah


Ahad
2 Ramadhan 1433
22 Julai 2012


Assalamu'alaikum,




Alhamdulillah..telah masuk hari ke-2 kita berpuasa di bulan Ramadhan ni... Dan tahun ni juga..Bang Cik Haikal mula belajar berpuasa. Kelmarin Bangcik berjaya berpuasa sehingga pukul 1.00 tengahari. Hari ni tak tau lagi macam mana. Harap-harap berjaya seperti kelmarin atau kot-kot boleh lajak hingga pukul 2.00 petang pulak. Nanti tunggu dan tengok macam mana. Lagipun pagi tadi ketika sahur, Bangcik siap makan nasi tambah 3 kali....hahaha... =)


Lama dah rasanya tak ngeteh waktu malam sambil bersteamboat dengan kawan-kawan...


Sekali...suatu malam yang hening...Own hantar mesej.. yang katanya Nadzari ajak steamboat...tapi kat Renaz 2...


For info...Renaz 2 ni adalah cawangan kepada Renaz (Guar Syed Alwi)... dan letaknya kat Batu 2, Jalan Kaki Bukit... cuma ia agak kecil sedikit dari Renaz 1...


Kurang lebih pukul 10 malam aku ke sana...dan dah sedia menanti kat sana...Nadzari, Own, Suhail, Fahmi dan Salihin...


Photobucket


Maka...pakat bersteamboatlah masing-masing...cuma aku dan Salihin minum saja...sebab dah kekenyangan....


Photobucket


Apa yang aku lihat...Renaz 2 ni agak kurang pengunjungnya...berbanding dengan Renaz 1...mungkin sebab baru buka kot....


Hampir jam 12.30 tengah malam juga kami menyembang...hinggakan kedai pun dah mula simpan barang-barangnya...


Memandangkan kedai pun dah nak tutup...kami semua beredar...kurang lebih pukul 1.00 pagi...



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...