23 Julai 2012

LAJUNYA

Catatan Ayah




Isnin
3 Ramadhan 1433
23 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah, 8 Julai 2012 yang lalu..usiaku telah mencecah ke angka 40... Begitu cepat rasanya masa berlalu...


Sebermula di tahun 1972..di mana aku dilahirkan...dan mula bertadika di Tadika Kemas di usia 4 tahun di Kampung Binjai...dan kemudiannya berpindah ke Tadika Kemas Kampung Surau...di usia 5 dan 6 tahun..


Pada tahun 1979..aku mula bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Putra, Kangar...hinggalah 1984.. 1985 mula merasai bersekolah menengah di Sekolah Menengah Derma sehingga 1987...dan kemudiannya bertukar ke Sekolah Menengah Teknik Alor Setar pada tahun 1988 dan 1989...


Tup-tup...sekarang ni..2012...aku dah menjangkau 40 tahun...dan mempunyai anak seramai 4 orang...


Di hari 8 Julai 2012 tu...cuaca amat baik sekali..Alhamdulillah..


Jadi aku dan isteri merancang untuk membawa anak-anak ke Alor Star...untuk melihat-lihat dan membeli pakaian sempena menjelang raya Aidil Fitri nanti...


Maka, bertolaklah kami sekeluarga menuju ke Alor Star. Sebaik sampai sekitar Pantai Johor, isteri aku bersuara, "Ayah nak makan kambing ka?..Jom Ibu belanja..sempena birthday Ayah...."


Bak kata orang tua-tua...pucuk dicita..ulam mendatang...dan kebetulan kami baru saja melintas sebuah kedai yang menjual pelbagai masakan.yang istimewa di Alor Star ni...



Photobucket



Kami berpatah balik ke kedai tadi...yang mulanya aku nak merasa daging landak...malangnya stok daging landak kehabisan....



Photobucket



Jadi...layan daging kambing jer lah...lagi pun isteri nak belanjakannnn....hehehe...



Photobucket



Hiasan yang terdapat di kedai makan ni...nama-nama tempat dah arah...yang ditukar ke bahasa inggeris.... Bunyi jadi pelik ler sikit...hahahaha... =P


Selesai makan...kami tuju ke Pekan Rabu, Alor Star.. Banyak baju-baju dah tersedia untuk dijual...cuma baju-baju kanak-kanak masih lagi kurang...



Photobucket



Selesai berpusing-pusing di Pekan Rabu...kami tuju pula ke Alor Star Mall...


Seperti Pekan Rabu...banyak juga baju-baju raya dijual di sini...siap ada promosi lagi...



Photobucket



Sambil isteri dan anak-anak berpusing-pusing membeli pakaian raya...aku berpusing-pusing sekitar Pesta Komputer yang kebetulannya juga diadakan di ruang legar Alor Star Mall...


Aku mencari-cari gerai yang memasarkan broadband YES...dan akhirnya bertemu...


Selepas berbincang-bincang dengan salesman YES tu...aku ambil keputusan untuk melanggan YES ni...sebab Celcom kat kawasan rumah aku agak slow....



Photobucket



Inilah dia modem YES yang aku langgan...



Photobucket



Memang berbaloi...bila test kat rumah...kelajuan mencecah sehingga 7.5Mbps... lajunya...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...