24 Julai 2012

LAICIKANG...

Catatan Ayah




Selasa
4 Ramadhan 1433
24 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


"Alhamdulillah..hari ni telah pun masuk hari ke-4 kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini..dan hari ini juga genaplah 4 hari kita menunaikan fardhu puasa. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan dalam semua ibadah yang dilakukan..."


Dua hari lepas...iaitu di hari ke-2 berpuasa...tatkala petang menjelang..tekak terasa seperti berkehendakan air Laicikang...


Tapi..kat manakah aku nak beli... Hati berputar-putar memikirkan perihal kat mana nak beli laicikang ni... Bukannya sebab laicikang ni payah nak cari..tapi kat pasar ramadhan mana nak dituju untuk beli laicikang ni...


Fikir punya fikir... wife ajak aku pergi beli peralatan untuk buat folio...yang Kakak Dina perlukan... Jadi kami semua pun tujulah ke arah Arau... Cadangannya tu nak ke Kedai First Touch..untuk beli kertas projek folio Kakak Dina...


Selepas selesai pusing-pusing beli peralatan...aku cadangkan kat wife untuk pusing-pusing melihat keadaan pasar ramadhan kat Arau ni...


Photobucket


Pasar Ramadhan Arau ni..letaknya di sebelah belakang kawasan C-Mart..sama juga seperti tahun yang lepas-lepas...


Keadaannya pun masih seperti yang lepas-lepas...dari segi peniaga dan pengunjung...


Photobucket


Menu pun sama saja...dari kuih-muih...hinggalah ke lauk-pauk...


Bermacam-macam juadah dapat dilihat...dan pada aku...sama saja seperti tempat-tempat lain...tak ada juadah yang agak pelik atau yang susah kedapatan di hari biasa....


Photobucket


Dan seperti biasa...antara juadah wajib yang dibeli adalah nasi kandar...untuk Kakak Dina...


Selepas beli nasi kandar...pusing punya pusing...akhirnya..sampai ke satu gerai...


Photobucket


Iaitu gerai menjual laicikang...yang aku inginkan...


Satu kelainan yang aku lihat...kebanyakan laicikang yang dijual...menggunakan air gula..yang dicampur dengan pelbagai bahan...tapi kat sini..aku dapati..penjual tu menggunakan air bancuhan jus laici..yang dicampur dengan pelbagai bahan...


Balik rasa tengok..memang sedap...


p/s: esok-esok..pi tengok dan ronda-ronda pasar ramadhan yang lain pulak...sementara tunggu nak berbuka..hehehe... =)


"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."


Wassalam

2 ulasan:

  1. Suka minum laicikang,nanti kami ke sana nak minta belanja laicikang tau!

    BalasPadam
  2. Boleh Kak Mah...tak dak masalah...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...