07 Julai 2012

FTPT 2012 @ GUA MUSANG

Catatan Ayah


Sabtu
17 Syaaban 1433
7 Julai 2012


Assalamu'alaikum


Bersambung lagi dalam siri catatan pengalaman FTPT 2012 yang masih belum habis lagi...


Kini kami dalam perjalanan pulang ke Perlis dari Kuala Besut...melalui Kuala Krai-Gua Musang-Cameron Highland-Simpang Pulai....terus menerusi Lebuhraya Plus ke Kangar...



Selepas berhenti seketika membeli kueh akok dan lemang...kami meneruskan perjalanan...dan menuju ke arah Gua Musang...


Sementara aku dok drive...anak-anak dok seronok makan-makan kueh dan lemang yang dibeli tadi....hinggakan habis...tak sempat nak buat bekalan sampai rumah...hehehe... =P



Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket


Kenderaan agak kurang kat atas jalan...dan melalui banyak kawasan yang tiada penempatan...aku hanya mengikut arahan dari GPS sahaja..... Tak lama...kami mula memasuki daerah Gua Musang, Kelantan....



Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket



GPS telah aku setkan untuk mengikut jarak terdekat..dan bukannya jarak terpantas...jadi banyak jalan short-cut yang telah ditunjukkan...sehingga membawa kami melalui kawasan penempatan sebuah Felda di Gua Musang ni....



Photobucket Photobucket Photobucket 


Kini...kami berada di dalam kawasan Felda tersebut....yang dikelilingi dengan kawasan tanaman kelapa sawit...suatu pengalaman baru buat kami sekeluarga...


Tiada penempatan mulanya...cuma penuh dengan pokok-pokok kelapa sawit....



Photobucket


Dan melalui satu kawasan...yang mana telah terjadi sedikit kejadian tanah runtuh....



Photobucket Photobucket


Setelah agak lama melalui kawasan tanaman...akhirnya kami telah berjumpa dengan kawasan penempatan Felda tu....Alhamdulillah..



Photobucket



Setelah sekian lama menempuh jalan-jalan dalam kawasan Felda...akhirnya kami keluar ke jalan utama...menuju ke Gua Musang...


Panas semakin membahang...buka air-cond pun tak terasa sejuknya...dan tekak pun dah terasa kering...



Photobucket




Photobucket



Alhamdulillah...kami telah sampai ke Gua Musang.....



Photobucket



Minyak Kenari pun dah nak habis....


Jadi kami berhenti dahulu kat sebuah stesen minyak kat Gua Musang ni....


Setelah selesai isi petrol...kami berhenti rehat sekejap...basahkan tekak serta menunaikan hajat...sambil-sambil tu...sempat pejamkan mata sebentar...


p/s: kami rehat bentar yer... =)


Bersambung.....


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

2 ulasan:

  1. salam tuan, kalau dari kuala krai ke gua musang xperlu jalan pintas, dia straight je terus sampai gua musang.Yang tuan ikut jalan felda tu tuan ikut felda ciku 1 dan 2, xperlu masuk pun kg tu.Untuk makluman tuan, jalan k.krai-gua musang merupakan jalan utama bagi rakyat kelantan nak ke lembah klang, kalau musim perayaan memang sibuk la jalan tu. Satu lg kalau tuan nak ke terengganu boleh masuk felda aring dan keluar di tasik kenyir terengganu.Salam dari aswan, jeram tekoh gua musang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas informasi....ketika tu saya cuma follow gps jer. Seronok juga tengok tempat orang. Salam perkenalan dari saya.

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...