26 Julai 2012

FLOW ALARM...

Catatan Ayah


Khamis
6 Ramadhan 1433
26 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Dah lama rasanya tak kena panggil ketika on-call...


Tapi...dalam minggu lepas..ketika sedang dalam on-call...telah masuk satu call untuk mesin hemodialysis...


"Flow alarm...problem yang depa repot...", ujar staf helpdesk di hujung talian...


"Ok....satgi aku pi...", balas aku...


Dalam 10 minit..dari rumah..aku tuju terus ke Unit Satelit Hemodialisis, HTF...


"Mesin mana yang repot tadi..?" tanya aku kepada salah seorang staff Hemodialysis...sebaik masuk ke dalam unit....


"Yang hujung tu...dia naik flow alarm..", balas staff tu sambil menunjuk ke arah mesin yang dilaporkan rosak tu...


Mesin yang dilaporkan rosak tu....Fresenius...model aku tak ingat...lagi pun aku bab-bab mesin dialysis ni bukannya tahu sangat...lama dah tak buat...


Ketika itu..aku lihat mesin dalam keadaan off..lalu aku onkan mesin tu...


Photobucket


Selepas beberapa minit ujian seft-test berlangsung...timbul error message...iaitu "Warning-Flow Alarm"...


Aku pun dah lupa dah..apa yang Nadzari dok ajarkan dulu bila error ni keluar...


Lalu aku contact Zamri...


"Bang Mizal cuba buat hot disinfect tengok...", ujar Zamri di hujung talian..


"OK...aku cuba tengok..", balas aku sambil offkan mesin dan kembali onkan balik...


Kemudian aku pilih mode disinfection...dan buat hot disinfection...seperti yang disuruh oleh Zamri...


Photobucket


Malangnya...problem masih sama...lalu aku contact kembali Zamri dan memberitahu apa yang telah berlaku...


"Satgi kami pi....", beritahu Zamri..


"OK...", balas aku..


Selang beberapa minit...Zamri sampai...


Hampir 2 jam..aku melihat Zamri membuat troubleshooting...dan akhirnya jumpa kerosakan sebenar..iaitu board kat atas tu...tah apa nama tak tau...telah rosak..


Syabas Zamri atas kejayaan mencari punca kerosakan tadi...


"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...