04 Julai 2012

CUCI RANTAI - 2

Catatan Ayah


Rabu
14 Syaaban 1433
4 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Ramai jugak kawan-kawan dok tanya aku...bagaimana nak menjaga rantai dan mencuci rantai...


Aku bukannya pandai pun bab-bab penjagaan rantai ni... Dengan pembacaan, sembang-sembang dengan kawan-kawan yang telah lama berkecimpung dalam era permotoran...serta bersembang dengan mekanik..aku telah mencuba pelbagai kaedah dalam bab mencuci rantai motor ni....



Penjagaan rantai ni amat penting...kerana rantai ni yang membolehkan sesuatu motor tu bergerak...melainkan motor tu menggunakan belt atau shaft...


Untuk panjangkan hayat rantai motor...ia mesti selalu diminyakkan dan dibersihkan kotoran yang melekat kat rantai tu...al-maklum ler..rantai motor ni mahal harganya...


Rantai motor mesti selalu diminyakkan sekitar setiap 300km...tambah-tambah lagi jika selalu ditunggang dalam keadaan berhujan...jika kurang minyaknya...rantai bisa jadi keras..o-ring boleh putus...dan akhir sekali...rantai mampu terputus dengan sendirinya...


Bayangkan...ketika kelajuan 150km/j ke atas...rantai terputus... =(


Suatu ketika dahulu...salah satu kaedah yang aku gunakan...adalah dengan mencuci menggunakan minyak tanah...atau orang utara panggil...minyak gas...


Ada aku catatkan pengalaman aku mencuci rantai menggunakan minyak tanah di sini....


Namun begitu...pada pendapat aku..kaedah ni agak kurang sesuai...walaupun setelah beberapa kali aku melakukannya...


Rantai tetap tidak bertahan lama...


Tapi...dalam setahun yang lalu...kawan aku iaitu Che Ami ada memberitahu lagi satu petua dalam bab pembersihan rantai ni...


Inilah keadaan rantai aku...selepas menggunakan kaedah tu...dan telah beberapa kali aku menggunakan kaedah baru ni...



Photobucket



Nak tahu..aku menggunakan apa?...


Inilah dia.....



Photobucket



Dengan menggunakan pencuci Dynamo ni...aku telah beberapa kali mencuci rantai...ternyata rantai bersih dari segala kekotoran...


Hanya menggunakan span...dan berus cat yang mana...bulunya dipotong pendek supaya menjadi agak keras...untuk memberus celah-celah rantai...


Dengan menggunakan kaedah ini juga....selain minyak dan kotoran dapat dibuang...o-ring juga tidak rosak...


Mula-mula...semburkan rantai dengan air...kemudian dengan menggunakan span dan air bancuhan Dynamo...bersihkan rantai...selepas itu boleh bilas...sehingga bersih....


Selepas bersih...kita boleh bawak motor pusing-pusing...supaya rantai akan kering...


Selepas rantai kering...bolehlah semburkan minyak rantai...yang mana sekarang ni aku menggunakan Scottoiler...


Malah....rantai Wave 100 aku pun dicuci dengan menggunakan Dynamo...



Photobucket



Sehingga hari ni...aku berpuas hati dengan menggunakan kaedah ni...


Kepada kawan-kawan...cubalah tengok....kot-kot sesuai... =)


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

7 ulasan:

  1. salam. saya selalu ikut blog tuan sebagai silent reader ja..kali ni sy nak mintak pendapat sikit mengenai tips2 sebelum ride long distance. :)

    (sy guna kapcai je. hehe). motor sy selalu minor servis (EO,Oil filter) ikut jadual *setiap 2500km*.
    sebelum ni dah 4-5 kali ulang-alik kl-kedah, yakin sebab masa tu motor baru lagi, sekarang usia motor dah cecah 1 tahun lebih.

    BalasPadam
  2. Salam Tuan Amir..

    Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya yang tak seberapa ni..

    Tak dak tips-tips untuk long distance..apa yang saya amalkan sekarang ni..jaga minyak hitam, oil filter, radiator, tayar dan rantai...

    InsyaAllah..berapa lama pun motor kita..jika dijaga selenggaraan berkala..mampu untuk long distance..janji kita tahu kemampuan motor kita.. =)

    BalasPadam
  3. Salam...info yang disajikan memang santai dan kemas. terima kasih kerana berkongsi ilmu tuan... er6n motor idaman tinggal tunggu budget lagi...

    BalasPadam


  4. Terima kasih kerana sudi kongsi ilmu,..Tips yg berguna utk sume .

    BalasPadam
  5. Salam. Kalau kat rantai ada karat sikit2 tu mcm mana ye nak buangkan? Kalau pakai dynamo ni x karat ye rantai?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...