02 Jun 2012

ULAR.. ULAR.. ULAR

Catatan Ayah


Sabtu
12 Rejab 1433
2 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah...isnin lalu pada 28 Mei 2012 yang lepas.. aku sekeluarga berkesempatan untuk ke Pameran Ular yang berlangsung di Muzium Negeri Kedah..





Pameran Ular sdang berlangsung di Muzium Negeri Kedah dari 6 Mei 2012 sehingga 6 Jun 2012..








For info, Muzium Negeri Kedah ni terletak berdekatan dengan Stadium Darul Aman, Alor Star..





Tiket telah dikenakan.. dengan harga RM4 untuk dewasa dan RM2 umtuk kanak-kanak..








Pameran ni amat berinformatif..terutama untuk kanak-kanak..bahkan untuk orang dewasa.. Setiap pengunjung akan diberi beberapa soalan..dan diberi peluang untuk menjawab beberapa soalan..dan segala jawapan boleh didapati semasa lawatan diadakan..jadi taklah kita hanya menonton sahaja..



iguana



ular orok-orok



ular sawa yang cantik



ular sawa yang amat besar sekali


Beberapa spesis ular dapat dilihat..baik dari dalam negeri mahu pun luar negeri.. yang berbisa dan tak berbisa.. serta berbagai-bagai warna dan corak.. cantik dilihat..


Selain tu.. pengunjung dapat mempelajari mengenai haiwan berdarah sejuk ni..dari habitat, perangai dan sebagainya..hinggakan kepada mitos dan sejarah mengenai ular..


Selain dari ular..turut dipamerkan beberapa haiwan lain seperti iguana, cicak gecko serta beberapa spesis kura-kura.. Amat menarik sekali..


mencegah dari dipatuk ular




antivenom




ubat tradisional


Aku rekomen kepada sesiapa untuk datang melawat...sementara pameran masih berlangsung...


Banyak gambiran ular yang aku snap...tapi kalau nak lihat..boleh ler datang sendiri ke Muzium Negeri Kedah... B-)


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...