21 Jun 2012

TUKAR TAYAR KENARI... 173478KM

Catatan Ayah


Khamis
1 Syaaban 1433
21 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


2-3 minggu lepas... sampailah masanya untuk penukaran tayar Kenari...nampaknya..dah semakin 'botak' dah bunganya...


Mileage Kenari ketika tu...dah pun mencecah 174378km...





Photobucket



For info..Kenari aku ni menggunakan tayar saiz 155/65-13.. dan sebelum ni aku pernah menggunakan tayar jenama Silverstone, Goodyear dan Continental...


Dari pengamatan aku...rasanya aku berpuas hati dengan penggunaan tayar Continental...terasa sedap bila memandu...


Jadi...berpusing-pusinglah aku sekitar Kangar...mencari kedai-kedai tayar..yang menjual tayar saiz 155/65-13...


Malangnya...semua kedai sekitar Kangar tiada pula menjual tayar saiz tu...yang ada semuanya saiz 165/55-14...dan 155/70-12 serta 155/60-13...


Yang ada...hanya sebuah kedai yang menjual tayar saiz yang aku kehendaki...tapi buatan China...dan harganya...Ya Allah...RM230 seunit....... =(


Apalagi...tanya Pak Cik Google ler...dan pilihan aku...tayar Continental...


Kat Alor Star ada kilang tayar Continental...takkan tayar yang aku kehendaki tu tak dak dijual...


Kelebet punya kelebet...Continental memang ada mengeluarkan tayar dan saiz yang aku kehendaki...dan salah sebuah kedai pengedar bertauliahnya pun terletak kat Alor Star...iaitu Kedai Tayar Heap Heng...


Aku pun..pukui talipon ler..bertanyakan perihal tayar tu...dan Alhamdulillah...saiz yang aku kehendaki tu...ada dalam stok depa...


So...bergeraklah aku menuju ke Alor Star...dan sampailah ke kedai yang dimaksudkan...



Photobucket



Kedai ni...letaknya kat Jalan Sultanah Sambungan...selepas Shahab Perdana...dan berdekatan dengan Kolej Universiti Insaniah...


Kedainya...agak besar...dan ketika aku sampai...pelanggan pun banyak...



Photobucket



Sebaik sampai...terus disambut oleh mekanik...


Sementara proses penukaran tayar berlangsung...kami duduk di tempat menunggu...



Photobucket



Satu pujian untuk kedai ni...layanan kepada customer memuaskan...



Photobucket



Untuk rekod...kos yang aku kena untuk penukaran 2 biji tayar serta balancing dan alignment adalah RM358...


Tayar baru..diletakkan di hadapan...dan tayar depan yang lama diletakkan di belakang...


Sebelum ni..aku tak pernah rekodkan berapa jauh tayar ni boleh digunakan...insyaAllah..lepas ni..aku nak tengok berapa jauh tayar ni boleh digunakan oleh Kenari ni...


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...