08 Jun 2012

SIPUT SEDUTKU...

Catatan Ayah


Jumaat
18 Rejab 1433
8 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Nampak gayanya...bebanan tugasan semakin bertambah...dan semakin kerap aku kena outstation...ke semua hospital sekitar Perlis dan Kedah..


Jadual telah aku aturkan...dan nampak gayanya..setiap minggu aku harus keluar ke serata hospital sehingga  bulan ogos nanti...bagi melaksanakan amanah yang diberikan...iaitu membuat penyelenggaraan dan ujian kualiti (QA test) untuk mesin-mesin x-ray...

Berikutan dengan kekerapan dan tools yang perlu dibawa... (dan sayangkan Kerbau Hitam yang sebelum ni dilanjan...)..aku telah membuat keputusan untuk mencari sebuah motor belasahan... mungkin berbeza dengan kebanyakan orang yang akan membeli sebuah kereta belasahan...


Beberapa bulan merancang dan mencari..akhirnya aku telah membuat keputusan untuk membeli sebuah skuter...dan yang menjadi pilihan hati adalah Modenas Elegan..yang budgetnya dalam RM4 ribu ke bawah...


Akhirnya...inilah dia Elegan yang aku dapat...yang aku namakan dia Si Siput Sedut...dan menjadi sahabat kepada Si Kerbau Hitam...


Aku telah membelinya dari Mega Fortune Sungai Petani...dengan harga RM3200...yang sebelumnya ditawarkan dengan harga RM3500...


Tak tau ler..mahal ke murah..janji aku dapat siput ni..dan dapat menyelesaikan tugasan aku...






























Terdapat beberapa pembaikan dan penambahan yang aku lakukan...antaranya menambah tong belakang..menukarkan suspension belakang dan penukaran tayar baru... serta menambah power socket untuk aku gunakan pada GPS...


Seminggu selepas proses pembelian...Siput Sedut sudah ready...


















Penukaran tayar dilakukan...dan pilihan aku adalah Bridgestone B02...


Untk rekod..Mega Fortune menawarkan harga tayar untuk Siput Sedut 120/70-12 (depan) berharga RM220 dan 130/70-12 (belakang) berharga RM230...










Selamat sampai rumah...dari Sungai Petani...















Power socket yang ditambah







Bermulalah kehidupan Siput Sedut bersama dengan aku... Untuk rekod..mileagenya dengan aku bermula 8898km...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

15 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sekarang dah nak cecah 13000km dah...

      Padam
  2. tayar B02 depan ngan belakang paten bunga tak sama kan??

    roczen

    BalasPadam
  3. o gitu plak.tengok dalam web brig tak sama front ngan rear.mcam tayar sbk la.

    roczen

    BalasPadam
  4. best tayar ni...lekat kat jalan macam gam...hehehe..

    BalasPadam
  5. ye ke.mase hujan best tak? kalu gitu sy pon nak pkai gak la.sekarang pkai maxis.harga 210.bek tambah 10 lg bleh pkai brig hehe.kat kangar ade jual ke?

    roczen

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat dok pakai la ni...dalam hujan pun cengkaman memuaskan... kat perlis tak dak..dah try tanya semua kedai...kena order kat sentul atau kena pi kat sungai petani atau penang...

      Padam
  6. ok tq.tkpe sy pergi kat sp la tapi kedai mega forune tu tak tau lokasi dia

    roczen

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat Bakar Arang...berhadapan dengan Tesco... boleh jumpa Mr Ewe..habaq kat dia..saya bagitau..hehehe..

      Padam
  7. salam saudara..saudara biasa servis elegan kt kdai mana? area mana? saya oqg kdah jgak hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...
      Selalunya saya servis elegan ni kat Aik Huat Kangar...sebab saya dok kat Perlis...B-)

      Padam
  8. owh dok perlis noh..elok sgt la..aik huat dkt area mna? sy duk brulang jitra-kangaq tiap ari..saya keja sana..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dlm kangaq...dekat area market kangaq lama..

      Padam
    2. ok..mekaseh noh atas informasi..:)

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...