17 Jun 2012

BERSAMA DR ZOOLMD

Catatan Ayah


Ahad
27 Rejab 1433
17 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Sebaik sampai rumah dari office Jumaat 1 Jun 2012 yang lepas...aku telah menerima satu mesej...yang mengkhabarkan.. salah seorang kawan aku..Dr ZoolMD dari KL telah mengalami kerosakan motor..dan tersangkut kat Stadium Darul Aman..



Lalu..aku terus menghubungi beliau..namun panggilan tak berjaya disambung.. Beberapa kali mencuba..akhirnya dapat bersembang..


Dari apa yang dikhabarkan oleh Dr ZoolMD..motornya iaitu Honda Fireblade gagal dihidupkan... Jadi aku mengambil keputusan untuk pergi ke Stadium Darul Aman, Alor Star untuk cuba membantu...


Selesai solat Maghrib..aku terus bergerak ke sana dengan Kerbau Hitamku...yang telah lama tertambat di hadapan rumah... Jalan agak sesak dengan kenderaan...kerana ramai orang bergerak ke Alor Star...


Alhamdulillah..kurang lebih 45 minit..aku sampai Stadium Darul Aman...lalu terus menuju ke KFC yang letaknya bersebelahan dengan stadium..


Dengan berbekal wayar jumper..kami telah cuba menghidupkan Fireblade Dr ZoolMD...dan Alhamdulillah..Fireblade dapat dihidupkan...


Dr ZoolMD telah ambil keputusan untuk mencari hotel penginapan..memandang hotel-hotel sekitar telah penuh..aku terus mencadangkan agar dicari hotel sekitar Kangar..


Kami terus bergerak menuju ke Hotel Seri Malaysia, Kangar...yang letaknya berdekatan dengan Dewan 2020..


Perjalanan pulang ke Perlis juga agak perlahan..dek kerana kesesakan jalan..akhirnya kami selamat sampai ke destinasi.. Malangnya, seperti kes dengan Abe Mat yang lepas..hotel tiada kekosongan...


Jadi..aku mencadangkan untuk menuju ke Hotel Sri Garden..di Kangar.. Sekali lagi..Fireblade gagal dihidupkan.. Kali ni dengan menggunakan tenaga tolakan..Fireblade berjaya dihidupkan..dan kami bergerak menuju ke Pusat Bandar Kangar...


Entah macam mana..sebaik sampai selekoh Taman Rashidah Utama...tak semena-mena enjin Fireblade telah mati... Kami cuba hidupkan dengan cara tolakan..namun masih belum berjaya.. aku suspect mungkin minyak telah habis..lalu aku pulang ke rumah untuk ambil tong..dan belikan minyak..


Setelah diisikan minyak...dan dengan cara tolakan..enjin Fireblade masih belum boleh dihidupkan.. Selepas berehat sebentar..kami masuk ke Sri Garden Hotel namun..tiada rezeki..tiada kekosongan.. Lalu kami berjalan ke Hotel Federal pula...juga malangnya tiada kekosongan.. Jadi aku cadangkan agar Dr ZoolMD tidur saja kat rumah aku...


Masalahnya sekarang..enjin Fireblade masih belum dapat dihidupkan..walaupun ditolak.. Aku hubungi Che Ami..bertanyakan jika dapat dicari lori atau van..untuk angkut Fireblade ke rumah aku..untuk disimpan sementara..sebelum dibaiki..


Alhamdulillah..kawan-kawan pomen dari Aik Huat Motor tiba untuk hulurkan bantuan.. Mereka cuba melihat-lihat keadaan Fireblade..dengan mengambil bateri Siput Sedut aku.. For info..aku telah membawa Siput Sedut ketika keluar membeli petrol tadi...


Alhamdulillah...Fireblade dapat dihidupkan dengan bantuan bateri Siput Sedut.. Bila buka balik bateri..enjin kembali nak 'mati'.. Jadi pomen suspect..kemungkinan rectifier telah rosak..


Lalu..kami ambil keputusan..masukkan bateri Siput Sedut ke Fireblade..manakala Siput Sedut gunakan bateri Fireblade untuk bergerak ke rumah aku...


Photobucket



Photobucket



Alhamdulillah..kami selamat sampai.. Selepas tukar balik bateri...kami keluar dengan menunggang Wave untuk minum dan makan..lagipun perut dah berbunyi...


Kurang lebih jam 2 pagi...kami semua bersurai..dan aku dan Dr  ZoolMD pulang ke rumah untuk berehat...


Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan pomen Aik Huat dan Che Ami kerana membantu...jasa hangpa..aku kenang selalu..hehehe... B-)


Selepas berbincang..Dr ZoolMD ambil keputusan untuk pulang ke KL keesokkan hari dengan kapal terbang...kemudian beli rectifier baru..hantar ke sini untuk pemasangan..bila dah ready.. Dr ZoolMD akan datang balik unuk bawa Fireblade pulang ke KL...


Seawal pagi jam 7 pagi..2 Jun 2012..aku dan Dr ZoolMD bergerak ke Lapangan Terbang Kepala batas..dengan harapan dapat membeli tiket kapal terbang jam 8.30 pagi...


Malangnya...harga tiket amat mahal..jika dibeli pada waktu itu..jadi keputusan diambil untuk membeli tiket flight pukul 3.40 petang..dengan harga separuh dari yang sebelumnya... Alhamdulillah..tiket berjaya dibeli secara online..


Memandangkan masa masih awal...kami menuju ke Jitra untuk bersarapan..


Selepas bersarapan..aku membawa Dr ZoolMD ke Padang Besar..saja jer untuk sesi lawatan sambil belajar.. heheheh..sementara menunggu flight pukul 3 petang nanti...


Selepas berpusing-pusing sekitar Padang Besar..dan pekena pulut ayam..kami bergerak semula ke Kepala Batas.. Alhamdulillah..kurang lebih jam 2.45 petang..kami selamat mendarat di Lapangan Terbang..


Alhamdulillah..Dr ZoolMD selamat check-in dan berlepas ke KL kurang lebih jam 3.40 petang...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...