17 Mei 2012

TTS @ SAMUDRA CURRY HOUSE

Catatan Ayah


Khamis
25 Jamadil Akhir 1433
17 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Hari ni... 17 Mei 2012 adalah hari cuti umum bagi Negeri Perlis... bersempena Hari Keputeraan Raja Perlis yang ke-69... jadi aku ucapkan selamat bercuti kepada seluruh rakyat Perlis... 


p/s: yang tinggal di Perlis saja yang cuti... hehehe..


Semalam... iaitu 16 Mei 2012.. buat pertama kalinya... salah satu group facebook yang aku sertai.. iaitu Kawasaki ER6n Bikers Malaysia.. telah berjaya menghimpunkan sedikit ahlinya yang berada sekitar Perlis dan Kedah... untuk berjumpa dan berkenalan... sambil-sambil minum...


Setelah perancangan dibuat.. pilihan pertemuan diadakan di Kuala Perlis...


Sekitar jam 9.30 malam.. aku telah sampai ke Kuala Perlis.. dan telah ada beberapa orang kengkawan ER6 kat sana... namun kami telah berpindah ke Samudra Curry House yang terletak dalam Pekan Kuala Perlis.. dek kerana dilanda hujan yang agak lebat...













Agak lama juga berada di Samudra ni... dengan hujan yang agak lebat kat luar... Seronok juga dapat berkenalan dan menambah kawan-kawan ni... Group ER6 ni telah merancang untuk ride ke Cameron Highland pada hari sabtu 19 Mei 2012 nanti... dan malangnya aku tak dapat nak ikut serta kerana telah ada program kat sekolah anak aku pada hari tersebut...


Selepas bersembang-sembang kat Samudra.. dan hujan pun dah berhenti.. kami telah ke tepi pantai.. untuk sedikit sesi foto...


Ini saja yang mampu aku ambil.. menggunakan kamera murahan aku...














Hampir jam 1.00 pagi.. baru kami semua bersurai..


InsyaAllah.. nanti bila ada kelapangan... boleh berjumpa kembali... sambil-sambil mengopi dan mengeteh...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...