27 Mei 2012

SUKANEKA PASTI 2012

Catatan Ayah


Ahad
6 Rejab 1433
27 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Pertama-tama kali aku nak ucapkan tahniah kepada Bang Megat dan Kak Miah yang telah mengadakan kenduri kahwin anak mereka.. iaitu Shukor dan pasangannya hari ni...


Dan juga... aku ucapkan selamat datang ke Perlis kepada Abe Mat dan Kak Zmah... Abe Mat dan Kak Zmah adalah antara otai-otai yang aku kagumi... yang banyak pengalaman ride overlander... banyak kisah-kisah ride mereka dipaparkan di http://ceritaku.my


Hari ni... aku nak kongsi pengalaman aku sekeluarga ketika Hari Sukaneka Tadika anak aku.. iaitu Bang Cik Haikal... yang kini sedang belajar di Tadika Pasti Al-Islah 2.. dalam tahun 6..



Hari Sukaneka ni telah diadakan di Taman Awam Taman Jali.. berdekatan dengan Pasti Al-Islah 1 & 2.. pada 20 Mei 2012 yang lepas...





Sukaneka ni telah melibatkan beberapa Tadika di bawah Pasti Kawasan Kangar... maka ramai pelajar yang telah terlibat...


Antara ibubapa dan orang ramai yang datang menyaksikan keletah anak-anak...








Sukaneka bermula sekitar 9 pagi.. dan berakhir sekitar 11 pagi.. Berbagai-bagai permainan diaturkan.. yang melibatkan hampir semua pelajar dari 4 tahun sehingga 6 tahun..











Aku ada rakam beberapa detik permainan anak-anak ini sebagai kenangan...








"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...