22 Mei 2012

SPORT DAY HR AULAD BESTARI 2012

Catatan Ayah


Selasa
1 Rejab 1433
22 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Kasut sukan dah dibeli... pakaian sukan juga dah dapat... jadi hari yang ditunggu-tunggu Adik Iman dah sampai... iaitu Sport Day Tadika HR Aulad Bestari 2012...


Sport Day Tadika HR Aulad Bestari telah diadakan pada 19 Mei 2012 yang lepas...  Ini adalah kali pertama hari sukan diadakan untuk Tadika HR Aulad Bestari semenjak pembukaannya  5 bulan yang lepas...




Sebelum ni.. HR Bestari menguruskan Tadika HR Bestari Smart Readers... di mana Kakak Dina belajar dulu.. dan sekarang HR Bestari telah melebarkan lagi sayapnya dengan francise Little Caliphs pulak... dan tertubuhnya HR Aulad Bestari...





Sport day telah diadakan di padang permainan SK Sri Indra, Kangar...





SK Seri Indra ni adalah salah sebuah sekolah kecermalangan di Perlis ni... dah telah menjadi antara sekolah yang berjaya mengeluarkan pelajar-pelajar bijak semenjak dulu lagi... semenjak aku bersekolah rendah lagi.. tapi aku bukanlah pelajar sekolah ni dulu...


Pendaftaran pelajar di kantin sekolah....





Ramai ibu bapa yang hadir melihat anak-anak...





Bermacam-macam acara diadakan.. yang melibatkan kesemua pelajar... dari umur 4 tahun... hinggalah 6 tahun....


Seronok tengok gelagat anak-anak ni... bermacam ragam...











Jamuan juga disediakan oleh pihak tadika untuk semua peserta dan hadirin...





Bergambar kenangan bersama-sama para guru dan ibubapa...





Aku ada ambil beberapa video.. sebagai kenangan Adik Iman bersukan di kala umur 4 tahun... bersama-sama rakannya...
















"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...