30 Mei 2012

SOLO RIDE #40

Catatan Ayah




Rabu
9 Rejab 1433
30 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Kesekian kalinya...aku perlu ke Hospital Sik sekali lagi...bagi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada aku..dan sekali lagi..khidmat Siput Sedut digunakan..


Alhamdulillah..dengan adanya Siput Sedut..beban yang ditanggung oleh Kerbau Hitam dapat diringankan...





Seawal 7.30 pagi..aku bergerak meninggalkan rumahku syurgaku...menuju ke Sik.. Alhamdulillah..cuaca agak baik hari ni berbanding 2-3 hari yang lepas..



View Larger Map


Laluan aku kali... Kangar-Alor Star-Gurun-Sik..



View Larger Map


Dan balik... Sik-Beris-Naka-Kuala Nerang-Changlon-Kangar...


Perjalanan agak lancar....





Sempat berhenti beli durian kat Pekan Jeniang...






Menurut Pak Cik yang menjual durian tu..sekarang buah durian baru dok luruh kat Jeniang.. Harga dijal RM8 sekilo..





Sempat aku beli 4 biji.. dan muat pula dalam tong ikan aku...





Sebaik saja sampai Hospital Sik.. minum sekejap.. terus aku mulakan tugasan yang telah diamanahkan...



Layan minum sambil melihat-lihat burung yang dijual..








Selesai tugasan..aku mulakan perjalanan pulang...menuju Beris... Cuaca agak panas... Keadaan jalan pula..sesetengah tempat agak elok...sesetengah tempat agak teruk...











Jalannya.. banyak melalui kampung-kampung... dan kadang-kadang melalui kawasan hutan yang tiada penduduk..mahupun kampung... Agak seram juga.. mana tahu Siput Sedut bermasalah.... Tapi aku teruskan juga tunggangan...














Akhirnya..sampai kawasan Beris.. yang jalannya merentasi Tasik Beris... Indah pemandangan sekitar Tasik Beris ni...























Selepas berehat sekejap kat Perhentian Tasik Beris.. aku teruskan perjalanan..menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa...











Perjalanan mula memasuki kawasan berhutan kembali... Moga-moga tiada sebarang halangan berlaku.. Amin..














Yang kadang-kadang diselangi dengan kawasan kampung-kampung...








Akhirnya..aku sampai Pekan Naka... Tekak pun dah kering..dan kebas punggong.. Jadi aku ambil keputusan untuk berhenti rehat sekejap kat sebuah tunggu bas..berhadapan dengan Klinik Kesihatan Naka..











Selepas basahkan tekak dengan air yang tersimpan di bawah seat Siput Sedut..perjalanan diteruskan...















Akhirnya.. sampai Kuala Nerang...





Entah macam mana...ketika sampai Kuala Nerang...menuju ke Changlun..aku telah tersesat sehingga sampai ke Puncak Janing.. Pengajaran yang aku dapat...tak seharusnya terlalu bergantung kepada GPS...tapi kena juga perhatikan papan tanda jalan...














Terpaksa berpatah balik..menuju ke Changlun..





















Ada juga orang berbasikal dalam kawasan sunyi ni...






Khidmat GPS cap ayam yang tak mengecewakan...










Akhirnya...kurang lebih pukul 5.30 petang...aku sampai Changlun...dan terus berhenti sekejap kat Petronas Changlun untuk isi minyak..dan rehat sekejap...basahkan tekak dan hilangkan kebas punggong...hehehe











Dalam dok relaks-relak...berhenti sebuah lori..yang mengalami kerosakan tayar..





Jadi...aku ambik peluang menengok proses penukaran tayar lori di tepi jalan...


Apa yang aku lihat...penukaran tayar lori di tepi jalan memerlukan penggunaan kudrat yang kuat...dengan hanya menggunakan peralatan manual dan ringkas... Suatu pengalaman yang baru...


Selesai menengok proses penukaran tayar lori tu...aku teruskan perjalanan pulang...lagi pun kebas punggong dah hilang...


Kurang lebih..pukul 6.30 petang aku selamat sampai rumah... Alhamdulillah...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam


Sent from Yahoo! Mail on Android

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...