01 Jun 2012

SEPETANG BERSAMA ABE MAT

Catatan Ayah




Jumaat
11 Rejab 1433
1 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Hari ahad yang lepas.. iaitu 27 Mei 2012.. adalah hari yang amat bermakna bagi aku...


Dalam dok relaks-relaks kat rumah bersama Adik Iman... anak aku yang bongsu.. aku telah menerima satu panggilan telefon..


"Hello.. Assalamu'alaikum..", kedengaran suatu suara di hujung talian...


"Wa'alaikumsalam..", balas aku..


Walaupun aku kurang mengenali suara itu.. tapi dari nama yang tertera di telefon aku.. sudah tahu siapa gerangannya suara yang menelefon aku tu..


Abe Mat.. itulah gerangannya.. seorang biker otai... yang mempunyai banyak pengalaman riding ke pelosok Asia Tenggara ni.. semuanya telah dijelajahinya.. seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Borneo dan lain-lain lagi... bersama isterinya.. Kak Zmah..


Kisah-kisah riding Abe Mat dan Kak Zmah boleh dibaca di http://ceritaku.my


Selepas bertanya khabar..kami mengambil keputusan untuk berjumpa...sembang-sembang di Kuala Perlis...iaitu di Kedai Laksa Kak Su...


Terus..aku bersama Adik Iman menuju ke Kuala Perlis...yang hanya jaraknya cuma 5 km saja dari kediaman aku...


Cuaca agak elok.. namun sebaik saja menghampiri Kuala Perlis...iaitu berdekatan Balai Polis Kuala Perlis...hujan turun dengan lebatnya..disulami dengan angin yang agak kuat...jadi aku ambil keputusan untuk berhenti sekejap kat bus-stop yang berdekatan... menunggu hujan reda sikit..





Alhamdulillah...sebaik hujan reda..aku dan Adik Iman terus menuju ke Kedai Laksa Kak Su.. Dari jauh dah ternampak ER6n..milik Abe Mat yang hanya sebelum ni aku tengok di blog sahaja..tapi sekarang dah di depan mata...




Puas hati dan gembira dapat berjumpa dengan seorang yang aku kagumi... yang selalu ride overlander secara solo bersama isterinya...


Dengan semangatnya... itulah yang membuatkan aku berani untuk solo ride ke mana-mana..sama ada menunggang Kerbau Hitam atau pun Siput Sedut...


Selepas bersembang-sembang dan bertukar cerita... Abe Mat ingin mencari penginapan di Kuala Perlis ni.. lalu aku cuba membantu dengan membawa Abe Mat ke salah sebuah hotel yang terdapat di Kuala Perlis ni..




Malangnya...tiada kekosongan..lalu kami terus ke lagi satu hotel yang terletak berdekatan dengan Taman Budaya...bersebelahan dengan Gua Sami..yang sekarang ni dikenali dengan Gua Cenderawasih...




Malang juga..tiada kekosongan..mungkin disebabkan event yang berlangsung di Kangar..iaitu Ekspo Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2012...




Selepas berbincang seketika...Abe Mat dan Kak Zmah telah mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan...


Aku telah menunjukkan jalan kepada Abe Mat dengan membawa mereka melalui Jalan Syed Alwi-Jalan Kg Surau Tambun Tulang-Simpang Empat.. supaya Abe Mat tak tersesat jalan dalam menuju ke Alor Star...


Selamat jalan kepada Abe Mat...dan terima kasih kerana telah sudi menghubungi dan berjumpa dengan aku..


Aku amat berbesar hati.. dapat bertemu dengan Abe Mat...


Semoga kita dapat berjumpa lagi dikemudian hari..dan jika Abe Mat sampai Perlis lagi.. jangan lupa untuk menghubungi aku...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...