15 Mei 2012

RALLY...

Catatan Ayah


Selasa
23 Jamadil Akhir 1433
15 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Bila bercakap tentang rally ni... teringat suatu ketika dulu... Seingat aku.. waktu tu aku masih lagi belajar di  UTM Jalan Semarak..


Ketika tu.. aku dan kawan baik aku... Tani sering berangan-angan untuk membeli sebuah kereta buruk... iaitu Opel Kadett.. yang ketika itu berharga dalam lingkungan RM10,000.. untuk dimodified menjadi kereta rally... dan kami berangan-angan untuk masuk main rally...


Sekarang... 22 tahun sudah berlalu... dan angan-angan masih lagi angan-angan... yang mampu aku lakukan.. hanyalah menonton rally... bukannya menyertai rally...


Agak lama juga aku tak menonton rally ni... dan baru-baru ni.. aku berkesempatan menonton rally yang diadakan di Perlis ni... Boleh dikatakan setiap tahun ada acara rally ni.. cuma tahun ni aku berkelapangan menontonnya...


Baru-baru ni... telah diadakan Malaysian Rally Championship Pusingan ke-2 di Perlis ni.. yang berlangsung dari 12 hingga 13 Mei 2012 yang lalu... dan seperti biasa.. perlumbaan diadakan di Pauh dan Ladang Tebu... Itulah keistimewaannya rally di Perlis.. kerana diadakan di ladang tebu... berbanding tempat lain yang selalunya diadakan di ladang kelapa sawit...


Selama 2 hari aku mengikuti perlumbaan rally ni.. dan ada mengambil sedikit video untuk perkongsian bersama....


Inilah dia... video amatur yang sempat aku ambil...








"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...