28 Mei 2012

KERBAU HITAMKU DAN GPS...

Catatan Ayah


Isnin
7 Rejab 1433
28 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Zaman beredar.. dari mundur kepada maju... dan terus bertambah maju... Pembangunan semakin rancak dengan berbagai prasarana... dari kota hinggalah ke desa...


Dulu.. ke mana-mana saja.. aku hanya cuma berpandukan papan tanda sahaja.. dan menggunakan sistem BTO... iaitu Berhenti Tanya Orang... jika tersesat dan tak tahu menuju ke sesuatu destinasi...


Sekarang... zaman sudah berubah... dengan terciptanya sistem yang dipanggil GPS....



Selalunya... sistem GPS mudah digunakan... dan digunakan oleh pemandu kereta... jarang-jarang kedapatan... tapi bukannya tak ada langsung.. cuma jarang-jarang penunggang motor menggunakan sistem GPS.. kalau adapun.. sistem GPS untuk kegunaan motorsikal amat mahal di pasaran...


Setelah sekian lama menelaah.. membaca dan menanya otai-otai dalam bidang permotoran ni... aku berusaha juga untuk memasang sistem GPS ni... untuk kegunaan sendiri semasa menunggang... sama ada Kerbau Hitam.. ataupun Siput Sedut...


Semua kelengkapan... aku beli secara online... sama ada dari ebay.. ataupun orang perseorangan yang menjual secara online... dan pemasangan dilakukan secara DIY..


GPS sudah pun aku miliki... kini tibalah masanya untuk pemasangan bracket... yang aku beli dari ebay...


Selepas penempahan dibuat.. selang 2 minggu.. aku telah dapat tempahan dari Hong Kong...











Pemasangannya mudah saja... cuma lekat dan ikatkan dengan aksesori yang diberi...




















GPS dah pun terpasang.. tapi masih belum selesai lagi.. iaitu power socket untuk recharge bateri GPS.. Sekali lagi khidmat ebay diperlukan...


Sekali lagi.. selepas 2 minggu tempahan dilakukan.. barang yang ditunggu-tunggu telah tiba.. juga dari Hong Kong...














So... pemasangan dilakukan...





Wayar disusun... dan disembunyikan di bawah tangki....





Penyambungan wayar tambahan diperlukan kerana wayar asal agak pendek...





Semuanya dah selesai... namun masih ada lagi kekurangan pada pandangan mata aku... iaitu suis on/off untuk power socket ni... kerana aku membuat penyambungan terus ke terminal bateri...





Sekali lagi... tempahan secara online dilakukan... iaitu handle switch...





Ok... dah siap semua pemasangan... dan ready untuk digunakan... cuma kelemahan sistem GPS aku ni berbanding sistem Zumo yang mahal tu... tak kalis air... sebab GPS aku ni cap ayam saja.. kalau hujan kena buka dan simpan saja ler....


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

2 ulasan:

  1. bile beli siput sedut tu?

    Roczen

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 bulan dah..secondhand saja.. buat motot belasahan.. B-)

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...