19 Mei 2012

FTPT 2012 @ PUSING-PUSING KUALA BESUT

Catatan Ayah


Jumaat
25 Jamadil Akhir 1433
18 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Bersambung lagi ceritera FTBT 2012 ni.. yang masih belum habis-habis lagi... Kali ni aku nak berkongsi pengalaman berpusing-pusing sekitar Pekan Kuala Besut ni..


16 Mac 2012 @ hari ke-3


Badan terasa segar sedikit selepas berehat seketika.. selepas sampai dari Kota Bahru tadi.. Alhamdulillah.. cuaca juga amat cantik dan elok sekali..


Selepas semua bersiap.. kami keluar menuju ke arah Pantai Awam Air Tawar.. kemudiannya berpusing-pusing menjamu mata melihat keindahan kawasan kampung sekitar...




Banyak pokok-pokok kelapa di sini...














Pokok Rhu pun banyak...





Dari penghujung 'hulu'... kami menuju ke penghujung 'hilir' pulak...





Cantik suasana petang di sini... kat depan kelihatan jeti untuk ke Pulau Perhentian...






Ada juga yang mengisi masa lapang dengan memancing....








Dalam dok pusing-pusing.. perut pun dah mula berkeroncong... Terus kami menuju ke sebuah kedai makan yang pernah aku singgah dulu... kisahnya boleh dibaca di sini...





Satar yang dijual di sini sedap-sedap rasanya... habis juga ler 5-6 cucuk aku hadap...





Alhamdulillah... perut pun dah kenyang... dan tiba masa untuk meneruskan lawatan sekitar Kuala Besut ni... Setelah semuanya selesai.. kami menuju ke Pengkalan Jeti.. di mana tempat orang ramai menaiki bot menuju ke Pulau Perhentian...


Kami cuma berlegar-legar sekitar jeti sahaja.. tiada rancangan untuk ke Pulau Perhentian...














Sempat berhenti kat salah sebuah kedai yang menjual t-shirt dan cenderamata... Setelah melihat-lihat, kami sepakat untuk membeli beberapa helai t-shirt kenangan kami sekeluarga ke sini...


Yang paling bestnya.. kedai ada membuat perkhidmatan menulis perkataan kat t-shirt yang dibeli.. dan kami telah menulis nama masing-masing kat t-shirt dan memasukkan nama blog ni kat belakang t-shirt.. satu value added services yang disediakan kedai ni... satu pujian kepada tuan punya kedai...














Selesai urusan t-shirt.. aku membawa anak-anak bersiar di tepi jeti pula... melihat-lihat bot-bot yang digunakan untuk ke Pulau Perhentian... Aku baru sekali saja pernah menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian... iaitu semasa Fun Ride 2011 yang lalu... kisah boleh dibaca di sini..











Hari pun dah mula petang.. tapi masih segar dengan tiupan angin timur yang kencang.. Kalau pi ronda-ronda sekitar pantai best juga... lalu kami menuju semula ke Pantai Awam Air Tawar..








Pada pandangan mata kasar aku.. agak bersih pantai kat sini... cuma ombak saja yang agak tinggi...


Jika dibandingkan dengan Pak Bara, Thailand.. sini best lagi kot pantainya...








Seronok juga berjalan-jalan di gigi air... sambil menikmati alam yang dicipta Allah Taala... aku bersyukur dengan keindahan kurniaan Allah kepada bumi Malaysia ni...





























Nampaknya... maghrib bakal menjelma... ralik dok main air... tanpa membuang masa.. kami kembali ke chalet... untuk membersihkan diri dan menunaikan tanggungjawab...


Selepas selesai menunaikan tanggungkawab.. tibalah masanya untuk mengisi perut yang kembali bernyanyi... Jadi kami keluar mencari-cari kedai-kedai makan sekitar chalet...


Pusing punya pusing... akhirnya aku singgah di Chef Restaurant... tempat yang sama aku singgah dulu semasa Fun Ride 2011...





Sedap makan kat sini... dan suasana juga menarik.. serta harga juga berpatutan...














p/s: izinkan kami menjamu selera dulu.. dan rehat.. kerana keesokkan hari.. kami akan pulang ke Perlis...B-)


Bersambung...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

4 ulasan:

  1. Salam Abang,

    Abang ada ambik dak no telepon mamat yg dok tulih nama dkt baju tuh. Dia tu kawan saya tp dah lama lost contact. Kalau abang ada, mintak jasa baik abang bg no contact dkt saya. Nama kawan saya tu Tengku Abd Aziz Tengku Salleh.

    Terima Kasih
    YAT

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni nombornya. 0139489711 Tg. Abd Aziz b tg. Salleh

      Padam
    2. saya tahu no phone brader tu. 0139489711.

      Padam
  2. Mohon maaf sebab tak ambil nombor telefon... Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya dah tahu dia ada kat mana... semoga dapat berhubung kembali dengan dia...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...