31 Mei 2012

PEMBUKAAN MSSM 2012

Catatan Ayah


Khamis
10 Rejab 1433
31 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Agak lama terdelay aku nak naikkan entry ni..mengenai peristiwa yang diadakan di Perlis baru-baru ni... iaitu Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM ke-54... yang berlangsung di Stadium Utama Kangar.

30 Mei 2012

SOLO RIDE #40

Catatan Ayah




Rabu
9 Rejab 1433
30 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Kesekian kalinya...aku perlu ke Hospital Sik sekali lagi...bagi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada aku..dan sekali lagi..khidmat Siput Sedut digunakan..


Alhamdulillah..dengan adanya Siput Sedut..beban yang ditanggung oleh Kerbau Hitam dapat diringankan...

29 Mei 2012

KEMPEN DERMA DARAH 2012

Catatan Ayah




Selasa
8 Rejab 1433
29 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Sekali lagi...yang tak salah aku..adalah kali ke-2 FMS menganjurkan kempen derma darah...dan merupakan kali pertama dalam tahun 2012..


Dan aku juga tak melepaskan peluang untuk turut serta...sebab dah lama rasanya aku tak menderma darah ni... Kali terakhir..rasanya hujung tahun 2011 yang lalu..

28 Mei 2012

KERBAU HITAMKU DAN GPS...

Catatan Ayah


Isnin
7 Rejab 1433
28 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Zaman beredar.. dari mundur kepada maju... dan terus bertambah maju... Pembangunan semakin rancak dengan berbagai prasarana... dari kota hinggalah ke desa...


Dulu.. ke mana-mana saja.. aku hanya cuma berpandukan papan tanda sahaja.. dan menggunakan sistem BTO... iaitu Berhenti Tanya Orang... jika tersesat dan tak tahu menuju ke sesuatu destinasi...


Sekarang... zaman sudah berubah... dengan terciptanya sistem yang dipanggil GPS....

27 Mei 2012

SUKANEKA PASTI 2012

Catatan Ayah


Ahad
6 Rejab 1433
27 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Pertama-tama kali aku nak ucapkan tahniah kepada Bang Megat dan Kak Miah yang telah mengadakan kenduri kahwin anak mereka.. iaitu Shukor dan pasangannya hari ni...


Dan juga... aku ucapkan selamat datang ke Perlis kepada Abe Mat dan Kak Zmah... Abe Mat dan Kak Zmah adalah antara otai-otai yang aku kagumi... yang banyak pengalaman ride overlander... banyak kisah-kisah ride mereka dipaparkan di http://ceritaku.my


Hari ni... aku nak kongsi pengalaman aku sekeluarga ketika Hari Sukaneka Tadika anak aku.. iaitu Bang Cik Haikal... yang kini sedang belajar di Tadika Pasti Al-Islah 2.. dalam tahun 6..

22 Mei 2012

SPORT DAY HR AULAD BESTARI 2012

Catatan Ayah


Selasa
1 Rejab 1433
22 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Kasut sukan dah dibeli... pakaian sukan juga dah dapat... jadi hari yang ditunggu-tunggu Adik Iman dah sampai... iaitu Sport Day Tadika HR Aulad Bestari 2012...


Sport Day Tadika HR Aulad Bestari telah diadakan pada 19 Mei 2012 yang lepas...  Ini adalah kali pertama hari sukan diadakan untuk Tadika HR Aulad Bestari semenjak pembukaannya  5 bulan yang lepas...

19 Mei 2012

FTPT 2012 @ PUSING-PUSING KUALA BESUT

Catatan Ayah


Jumaat
25 Jamadil Akhir 1433
18 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Bersambung lagi ceritera FTBT 2012 ni.. yang masih belum habis-habis lagi... Kali ni aku nak berkongsi pengalaman berpusing-pusing sekitar Pekan Kuala Besut ni..


16 Mac 2012 @ hari ke-3


Badan terasa segar sedikit selepas berehat seketika.. selepas sampai dari Kota Bahru tadi.. Alhamdulillah.. cuaca juga amat cantik dan elok sekali..


Selepas semua bersiap.. kami keluar menuju ke arah Pantai Awam Air Tawar.. kemudiannya berpusing-pusing menjamu mata melihat keindahan kawasan kampung sekitar...

17 Mei 2012

TTS @ SAMUDRA CURRY HOUSE

Catatan Ayah


Khamis
25 Jamadil Akhir 1433
17 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Hari ni... 17 Mei 2012 adalah hari cuti umum bagi Negeri Perlis... bersempena Hari Keputeraan Raja Perlis yang ke-69... jadi aku ucapkan selamat bercuti kepada seluruh rakyat Perlis... 


p/s: yang tinggal di Perlis saja yang cuti... hehehe..


Semalam... iaitu 16 Mei 2012.. buat pertama kalinya... salah satu group facebook yang aku sertai.. iaitu Kawasaki ER6n Bikers Malaysia.. telah berjaya menghimpunkan sedikit ahlinya yang berada sekitar Perlis dan Kedah... untuk berjumpa dan berkenalan... sambil-sambil minum...


Setelah perancangan dibuat.. pilihan pertemuan diadakan di Kuala Perlis...


Sekitar jam 9.30 malam.. aku telah sampai ke Kuala Perlis.. dan telah ada beberapa orang kengkawan ER6 kat sana... namun kami telah berpindah ke Samudra Curry House yang terletak dalam Pekan Kuala Perlis.. dek kerana dilanda hujan yang agak lebat...













Agak lama juga berada di Samudra ni... dengan hujan yang agak lebat kat luar... Seronok juga dapat berkenalan dan menambah kawan-kawan ni... Group ER6 ni telah merancang untuk ride ke Cameron Highland pada hari sabtu 19 Mei 2012 nanti... dan malangnya aku tak dapat nak ikut serta kerana telah ada program kat sekolah anak aku pada hari tersebut...


Selepas bersembang-sembang kat Samudra.. dan hujan pun dah berhenti.. kami telah ke tepi pantai.. untuk sedikit sesi foto...


Ini saja yang mampu aku ambil.. menggunakan kamera murahan aku...














Hampir jam 1.00 pagi.. baru kami semua bersurai..


InsyaAllah.. nanti bila ada kelapangan... boleh berjumpa kembali... sambil-sambil mengopi dan mengeteh...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

15 Mei 2012

RALLY...

Catatan Ayah


Selasa
23 Jamadil Akhir 1433
15 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Bila bercakap tentang rally ni... teringat suatu ketika dulu... Seingat aku.. waktu tu aku masih lagi belajar di  UTM Jalan Semarak..


Ketika tu.. aku dan kawan baik aku... Tani sering berangan-angan untuk membeli sebuah kereta buruk... iaitu Opel Kadett.. yang ketika itu berharga dalam lingkungan RM10,000.. untuk dimodified menjadi kereta rally... dan kami berangan-angan untuk masuk main rally...


Sekarang... 22 tahun sudah berlalu... dan angan-angan masih lagi angan-angan... yang mampu aku lakukan.. hanyalah menonton rally... bukannya menyertai rally...


Agak lama juga aku tak menonton rally ni... dan baru-baru ni.. aku berkesempatan menonton rally yang diadakan di Perlis ni... Boleh dikatakan setiap tahun ada acara rally ni.. cuma tahun ni aku berkelapangan menontonnya...


Baru-baru ni... telah diadakan Malaysian Rally Championship Pusingan ke-2 di Perlis ni.. yang berlangsung dari 12 hingga 13 Mei 2012 yang lalu... dan seperti biasa.. perlumbaan diadakan di Pauh dan Ladang Tebu... Itulah keistimewaannya rally di Perlis.. kerana diadakan di ladang tebu... berbanding tempat lain yang selalunya diadakan di ladang kelapa sawit...


Selama 2 hari aku mengikuti perlumbaan rally ni.. dan ada mengambil sedikit video untuk perkongsian bersama....


Inilah dia... video amatur yang sempat aku ambil...








"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

12 Mei 2012

FTPT 2012 @ TAMAN AZIMOS CHALET

Catatan Ayah


Sabtu
20 Jamadil Akhir 1433
12 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Agak lama juga kisah penceritaan ke Pantai Timur ni terhenti... dek kesibukan tugasan harian... 


Alhamdulillah... dengan sedikit kelapangan masa hari ni.. aku akan sambung balik cerita perjalanan kami sekeluarga.. semasa berkunjung ke Pantai Timur.. dalam bulan Mac 2012 yang lalu...


Hari ni juga... aku berpeluang untuk menonton perlumbaan Malaysian Rally Championship (MRC) pusingan ke-2 yang berlangsung di Pauh dan Ladang Tebu tadi... agak menarik.. setelah sekian lama tak menonton rally ni...


InsyaAllah... jika berkesempatan.. akan aku muat naik beberapa gambiran dan video ke blog ni.. sekadar berkongsi pengalaman...


16 Mac 2012 @ hari ke-3


Hari ni adalah hari terakhir kami di Kota Bahru... Puas sudah berpusing-pusing sekitar Pasar Siti Khadijah... 


Lalu-lintas kat Kota Bahru pun semakin sesak nampaknya... selepas semua persiapan selesai.. kami mulakan perjalanan menuju ke Kuala Besut, Terengganu... Perjalanan kami sekeluarga 100% bergantung arahan GPS.. arah mana yang ditunjuk... ke situlah aku tuju... ;-P


Sedikit gambiran sepanjang perjalanan dari Kota Bahru... menuju ke Kuala Besut, Terengganu.. yang aku ambil...


Istana Kota Lama..







Tune Hotel, Kota Bahru...





Kompleks Islam Darul Naim...








Papan tanda yang famous... yang aku dapat lihat.. yang banyak kedapatan sekitar Kota Bahru...





Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian...








Kawasan bandar sudah pun ditinggalkan... dan kami mula melalui kawasan kampung... menuju ke Kuala Besut.. melalui Bachok...














Melewati Pasar Besar Siti Aishah, Jelawat...





Berhenti sekejap untuk mengisi petrol Kenari...





Menuju ke Jambatan Tok Bali...





Sampai Pasir Puteh...








Jaga..jaga..!!!! Kancil nak langgar bot!!!!...





Melalui Jambatan Tok Bali...














Akhirnya.... sampai Kuala Besut, Terengganu...








Kawasan Pasar Tani Kuala Besut...











Kelihatan Jeti ke Pulau Perhentian...








Terus kami menuju ke Taman Azimos Chalet... Inilah kali ke-2 aku menginap di chalet ni... kali pertama dulu... semasa konvoi Fun Ride Kuala Besut... menunggang Kerbau Hitam...





Akhirnya... sampai ke destinasi...








Alhamdulillah... selamat sampai...  lega rasanya... dapat merehatkan diri... setelah hampir 2 jam memandu...


Keadaan bilik di chalet memuaskan... dan harganya juga berpatutan... iaitu RM75 semalam... amat berbaloi dengan apa yang kami sekeluarga dapat... lihatlah sedikit gambiran bilik yang kami sekeluarga akan inap malam ni...




















Oklah... kami nak rehat sekejap... petang ni.. cadangnya nak pusing-pusing sekitar Kuala Besut ni...


Bersambung...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

04 Mei 2012

PROTON PREVE 2012

Catatan Ayah


Jumaat
12 Jamadil Akhir 1433
4 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Yang dinanti-nanti... akhirnya muncul juga.. semenjak melihatnya di Pameran KLIMS 2010 yang lalu... iaitu kemunculan Proton Tuah.


Inilah kali pertama aku berpeluang melihat-lihat Proton Preve semenjak dilancarkan... yang aku rasa direalisasikan dari Proton Tuah (jikalau salah.. mohon betulkan yer..)


Ketika berjalan-jalan ke pameran JPJ di Sekolah Kebangsaan Utan Aji minggu lepas... aku terus ke booth Proton Edar... yang juga turut mempamerkan kereta Proton Preve ni...


Secara peribadi.. aku berpuas hati melihat keadaan fizikal Proton Preve ni... (tentang pemanduan dan handling.. tak tahu pulak sebab belum berpeluang memandu uji...)


Aku sempat snap beberapa keping gambiran Proton Preve ni... dan aku abadikan di blog picisan ni untuk tatapan bersama...


Keadaan luaran Proton Preve..














Bonet belakang pun agak luas....











Nadi Proton Preve... dijana oleh enjin berkapasiti 1.6 liter bantuan turbo...








Bahagian dalaman...




































p/s: ikut hati... berkenan juga.. tapi masih sayangkan si Kenari... sabarlah dulu... B-)


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...