02 April 2012

RIBUT MELANDA

Assalamu'alaikum,

Kebelakangan ni...Perlis dan kawasan sekitar sering dilanda hujan dan ribut.. Minggu lepas...kawasan Kangar telah dilanda ribut... Beberapa premis telah rosak...antaranya kedai-kedai..termasuk Hospital Tuanku Fauziah... Selain tu...beberapa batang pokok telah tumbang dan dahan-dahan telah patah...

Sekitar HTF...selain bumbung...banyak aerial TV yang rosak... Jenuh juga aku dok tengok kawan-kawan dok berusaha membaiki kerosakan...dan dengarnya...pihak HTF telah mendapat peruntukan bencana alam...untuk membaiki kerosakan...

Tadi...sekali lagi ribut melanda...agak kuat juga...dan dengarnya ramai penduduk sekitar Bintong yang telah terlibat...kerosakan pada premis mereka... Cuma aku tak sempat untuk meninjau..seteruk mana kerosakan yang dihadapi...

Itulah...betapa hebatnya kekuasaan Allah..dengan hanya tiupan angin saja...mampu memusnahkan binaan makhluk-Nya yang bergelar manusia... Di kala kepanasan...kita mengharapkan angin yang sepoi-sepoi menyejukkan kita...dan bila angin menjadi besar...ia mampu memusnahkan kita dengan izin Allah... Begitu juga api...masa kecil menjadi kawan...bila besar menjadi lawan...

Dari kejadian ini...marilah kita bermuhasabah diri dan menambahkan ketaqwaan dan ibadah kepada Allah dan memohon agar diri kita dan keluarga dilindungi Allah dari segala malapetaka dan musibah...

Aku doakan semoga mangsa-mangsa yang terlibat bersabar dengan dugaan Allah ini...dan menerima segala qada dan qadar Allah... Semestinya ada hikmah disebalik semua yang berlaku ini...

Berat mata memandang...berat lagi bahu memikul....

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Sent from Yahoo! Mail on Android

1 ulasan:

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...