05 April 2012

INCOME TAX...

Assalamu'alaikum,

"Hang dapat dak lagi borang EA?", soalan yang sering kedengaran bila April menjelma... Bukan "april fool"...

Bulan April ni...mulalah pakat sibuk...mengisi borang BE...untuk declare..berapa nak kena income tax...

Ingat lagi suatu ketika dulu...semasa dok isi borang BE secara manual...mula-mula kena tunggu borang sampai...kemudian tunggu slip EA sampai...barulah diisi borang BE tu... Lepas tu compile semua resit-resit..hantar ke LHDN menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia..

Sekarang ni...semuanya jadi mudah...sejak diperkenalkan e-filing...mengisi borang BE secara on-line...cuma perlu ingat username dan password....

Alhamdulillah...tadi aku telah selesai isi e-filing...dan untuk makluman..tarikh akhir untuk pengisian e-filing dan pembayaran cukai pendapatan adalah 30 April 2012...

Sepanjang bulan ni juga...jenuh bersesak...terutama hujung April nanti..seperti yang selalu aku perhatikan dulu...kaunter-kaunter pembayaran income tax penuh sesak dengan orang ramai...antaranya Pejabat Pos, Public Bank dan CIMB....

p/s: kawan-kawan semua dah siap isi dah ka...?

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Sent from Yahoo! Mail on Android

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...