29 April 2012

HONDA INTEGRA - KEMASKINI

Catatan Ayah


Ahad
2 Jamadil Akhir 1433
29 April 2012


Assalamu'alaikum,


Kita berhenti dulu penceritaan aku sekeluarga berjalan-jalan ke Pantai Timur pada Mac yang lalu. Hari ni aku nak berkongsi maklumat mengenai sebuah motorsikal yang akan dilancarkan nanti di Malaysia...


Selama 2 hari iaitu kelmarin dan hari ni... telah diadakan Malaysian Cubprix 2012... yang berlangsung di perkarangan Stadium Utama Kangar... dan cuma hari ni aku berkesempatan untuk melawat...


Lama juga aku tak melihat acara perlumbaan cubprix ni... Tapi hari ni.. aku tak mau cerita bab cubprix ni.. tapi nak bercerita sebuah motorsikal yang akan dilancarkan nanti.. yang pada pandangan aku yang berkaca mata ni... agak menarik...




Nampaknya pihak Honda akan melancarkan sebuah motorsikal.. yang mungkin untuk menyaingi Kawasaki dengan ER6nya dan Yamaha dengan XJ6nya serta KTM dengan Dukenya... Menurut salah seorang staf kat Booth Honda tadi.. model ni bakal dilancarkan pada Ogos 2012 nanti.. dan harganya masih belum diketahui...


Agak menarik juga model ni pada pandangan mata aku... Model ni diberi nama Honda Integra... mungkin sebab satukan 2 jenis motorsikal menjadi satu.. iaitu kacukan scooter maxi dan touring bike... berkapasiti 700cc...


Ulasan profesional boleh dibaca di sini...





Dari penelitian aku... ciri-ciri scooter pada motor ni adalah... kedua-kedua brek motor ni di tangan.. seperti scooter.. iaitu brek belakang pada hendal kiri... dan brek depan kat hendal kanan.. serta kaki relax habis.. menggunakan pemacu rantai... serta menggunakan tayar yang sama saiz dengan tayar ER6...


Gear juga menggunakan sistem sama seperti FJR13... iaitu seumpama AMT.. yang mana terdapat butang '+' dan '-' di hendal kiri untuk menaikkan dan menurunkan gear... sama juga seperti Aprillia Mana.... boleh dikatakan semi-automatic kot...


Jom... layan beberapa gambiran yang sempat aku snap.. untuk tatapan bersama...






































Bertambah meriahlah nanti arena permotoran di Malaysia ni... dengan bertambahnya lagi pilihan...


Bersama-samalah kita nanti kemunculannya...



KEMASKINI



Beberapa gambiran yang sempat aku ambil semasa kat Motogp 2012 di Sepang yang lalu...



Photobucket




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

4 ulasan:

  1. BERAPA AGAKNYA HARGA MOTOR NI?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tau lah.. kita tunggu dan lihat nanti semasa pelancarannya..

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...