22 April 2012

FTPT 2012 @ PASAR SITI KHADIJAH

Catatan Ayah


Ahad
22 April 2012
30 Jamadil Awal 1433


Assalamu'alaikum,


Agak lama aku tak menulis dalam blog ni... akibat kekangan masa dan kerja...  tambahan pula kebelakangan aku kena banyak travel ke hospital lain... menjalankan tugasan.. untuk menggantikan kawan aku yang sedang bercuti sakit...


Hari ni.. rasa rindu pulak untuk menulis... jadi aku akan sambung lagi ceritera perjalanan kami sekeluarga ke Pantai Timur pada bulan Mac yang lepas...


Hari Ke-3 @ 16 Mac 2012


Telah pun masuk hari ke-3 kami sekeluarga berada di Kota Bahru, Kelantan ni... dan hari ni kami bercadang untuk ke Kuala Besut, Terengganu... sebelum balik ke Perlis...


Tapi sebelum tu.. kami akan ke Pasar Siti Khadijah dulu.. nak tengok apa yang ada kat sana... sebab aku belum pernah lagi ke sana...




Selesai check-out dari Hotel Ombak ni.. terus kami menuju ke Pasar Siti Khadihah... Alhamdulillah.. lalulintas agak lengang... mungkin sebab hari Jumaat kot... iaitu hari cuti untuk Kelantan...





Sampai saja ke Pasar Siti Khadijah... tu dia aih... banyaknya kenderaan.. ramainya pengunjung... jenuh juga mencari tempat parkir kereta...





Akhirnya... kami dapat tempat parkir kereta berhampiran dengan LHDN Kelantan...





Sebelum ke Pasar Siti Khadijah... kami berjalan-jalan dulu.. untuk melihat beberapa tempat berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah ni... antaranya Istana Jahar, Istana Balai Besar dan Bank Pitis...







































Puas berjalan-jalan melihat persekitaran.. tapi cuma tak dapat nak masuk ke Istana Jahar dan Istana Balai Besar sebab tutup.. kami terus beredar menuju ke Pasar Siti Khadijah.. perut pun mula berkeroncong kelaparan... belum jamah apa-apa lagi nih...





Terus menuju ke kedai makan untuk bersarapan...








Sebelum masuk ke dalam Pasar Siti Khadijah... kami bersarapan dulu di Pak Su Cafe.. di perkarangan Laman Siti Khadijah...





Selesai sarapan.. terus kami masuk ke dalam Pasar Siti Khadijah... kawasan bawahnya adalah kawasan menjual keperluan harian... seperti ikan, daging, ayam serta sayuran... atau boleh dikatakan pasar basah... Kebanyakannya penjual yang boleh dilihat adalah wanita... dan nampaknya urusniaga boleh berurusan dengan menggunakan dinar emas dan dirham perak... selain wang kertas biasa...






















Kat tingkat satu... terhidang jualan barang-barang serta makanan kering... ada keropok, budu, dodol dan pelbagai makanan lagi... serta periuk dan pinggan mangkuk...


Kami juga beli beberapa kilo keropok dan beberapa botol budu kat sini....














Selepas berlegar-legar di tingkat satu.. kami naik ke tingkat dua pula... yang banyak menjual kain baju... Isteri dan mak aku sempat membeli beberapa helai tudung dan kain batik...











p/s: jenuh juga nak berpusing-pusing sekitar pasar ni... tambah-tambah lagi kat bahagian kain baju ni...


Bersambung...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan.."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...